Wednesday 25 January 2012

Bilik Kelab



Ahli kelab sedang mencuci bilik



Menjamu selera di kedai mamak

Puan Siti Rogayah, Pengetua SMK Taman Sri Muda telah memberi kebenaran kepada kelab untuk menggunakan Bilik Persalinan di Blok Seni sebagai bilik untuk menyimpan peralatan dan perkakasan kelab. Pada 25 Januari 2012, beberapa orang ahli kelab telah menyumbangkan tenaga mereka untuk membersihkan bilik tersebut. Walaupun tidak ramai yang hadir tetapi semua kerja-kerja pembersihan dapat disempurnakan dengan begitu baik. Ahli-ahli kelab ini telah dijamu di restoran yang berhampiran tanda terima kasih atas sumbangan tenaga yang telah mereka berikan.

No comments:

Post a Comment