Friday 20 January 2012

Kelab Angklung SMKTSM



KELAB ANGKLUNG SMKTSM

Kelab Angklung SMKTSM baharu sahaja ditubuhkan pada bulan Oktober 2011, setelah mendapat tajaan daripada PIBG sekolah yang berjumlah RM2800 untuk membeli 26 set angklung. Angklung tersebut dibeli melalui Wariseni Budaya yang memberikan pakej 6 jam percuma untuk mempelajari cara-cara memainkan angklung dan ahli-ahli kelab dapat memainkan sekurang-kurangnya 3 buah lagu dalam tempoh singkat tersebut.

Latihan pertama kelab ini telah dimulakan pada akhir Oktober 2011 di bawah pimpinan Encik Sam Mat Kous, pengurus Wariseni Budaya sendiri. Beliau merupakan salah seorang jurulatih yang mahir di dalam muzik tradisional ini.

Encik Sam Mat Kous

Guru Penasihat Kelab Angklung SMKTSM ini ialah Puan Norazlena dan Puan Malisa. Mereka bukanlah seorang guru muzik yang bertauliah tetapi usaha gigih mereka harus mendapat pujian oleh kerana mereka berjaya menubuhkan kelab angklung di sekolah ini.

 

Kelab ini sedang mencari identiti tersendiri di dalam bidang muzik ini. Kami mengalu-alukan idea bernas daripada sahabat sekalian dalam membentuk identiti kami terutama dari segi logo dan pakaian kelab. Pendapat dan idea kalian semua dialu-alukan. 

No comments:

Post a Comment