Monday 23 January 2012

Persembahan Pertama


Tanggal 18 Januari 2012 merupakan satu sejarah buat Kelab Angklung SMK Taman Sri Muda. Walaupun usia belum mencecah setahun jagung, kelab ini mampu memberikan persembahan mantap di hadapan para pelajar terutama sekali Dato Lim dalam sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah. Dua rangkaian lagu iaitu Bintang Kecil dan Burung Kakaktua dialunkan diakhiri dengan lagu Gong Xi Gong Xi yang mendapat tepukan gemuruh dari para pelajar dan para jemputan. Tahniah diucapkan kepada semua ahli kelab ini.

No comments:

Post a Comment