Sunday 11 March 2012

Karnival Muzik BN Youth Music 2011 Part III/Angklung Bersama Toi AF

Tiba giliran kami membuat persembahan. tetapi sebelum memulakan ayunan angklung, kami telah ditemuramah oleh juruacara majlis untuk memperkenalkan kelab angklung ini kepada orang ramai.



Ahli-ahli kelab keihatan sungguh ceria apabila Toi dengan rendah diri membantu kami dalam membuat persembahan dalam karnival ini. Sejenak kami menjadi tumpuan orang ramai di perkarangan kompleks membeli belah Curve ini.


Encik Sam turut sama turun ke padang untuk memberikan semangat kepada ahli-ahli kelab ini. Keceriaan terpancar di wajah masing-masing apabila Encik Sam muncul di tengah-tengah kesibukan orang ramai.


Setelah bermain beberapa lagu dibawah pimpinan Toi AF ini, ahli kelab berehat untuk seketika untuk menikmati minuman petang. Tidak berapa lama kemudian Dato Hishamuddin pun tiba dan ahli kelab bersama African Drummer menyambut kedatangan beliau dengan gabungan kedua-dua alat muzik ini.







Penari-penari dari Kelab Kebudayaan sekolah juga dapat mempersembahkan tarian mereka di hadapan Dato Hishamuddin mengikut irama African Drum.


No comments:

Post a Comment