Friday 16 March 2012

Latihan Intensif IV

Thareda dan Siti Aisyah berehat sebentar
Kehadiran hari ini tidak memberangsangkan, namun latihan tetap diteruskan seperti biasa. Setelah diberikan nasihat dan kata dua, ahli-ahlli kelab memulakan latihan dengan memainkan lagu-lagu yang telah dipelajari. Mereka masih memerlukan banyak latihan lagi. Hari ini gambar dan video tidak dapat dirakamkan oleh kerana jurukamera sibuk mengendalikan kelas bersama. Dua lagu baru cuba dimainkan bersama dengan minus one iaitu lagu Begawan Solo dan Besame Mucho.

Setelah latihan diulang berkali-kali, akhirnya ahli kelab dapat memainkan lagu tersebut dengan baik mengikut minus one yang disediakan. Walaupun terdapat beberapa kepincangan namun ahli kelab berusaha untuk memainkan lagu yang diarahkan. Oleh kerana terlalu gembira dengan kemajuan  yang dicapai, guru penasihat hampir terlupa bahawa hari ini hari Jumaat. Latihan dihentikan pada pukul 1.00 tengahari dan akan disambung pada hari Sabtu jam 9.00 pagi. Berkemungkinan latihan pada hari tersebut akan berpanjangan sehingga ke petang. Di harapkan semua ahli yang hadir nanti bersedia untuk segala kemungkinan.

No comments:

Post a Comment