Sunday 11 March 2012

Latihan Intensif

Cuti sekolah sudah pun bermula, namun ahli-ahli kelab perlu hadir untuk menjalani latihan intensif selama seminggu. Sebelum memulakan latihan, beberapa ahli kelab telah bekerjasama untuk mengecat semula dinding bilik kelab dengan warna yang dipilih sendiri oleh guru penasihat kelab Puan Malisa. Apakah warna tersebut? Cuba teka!

Natania mengepalai aktiviti
Latihan hari ini dikendalikan sendiri oleh jurulatih kelab iaitu Encik Sam. Sementara menanti jurulatih tiba ahli-ahli kelab cuba untuk memainkan angklung bersama muzik latar. Ternyata banyak kelemahan yang perlu dimantapkan lagi oleh ahli-ahli kelab ini. Dua lagu telah dipilih untuk latihan ini iaitu Shanghai Beach dan Gelang Sipaku Gelang.

12 orang ahli yang hadir pada hari ini




No comments:

Post a Comment