Tuesday 1 May 2012

Lawatan Sambil Belajar Ke Skudai 27 April 2012

Ahli-ahli kelab diminta berkumpul di Dataran Kejat pada pukul 5.00 petang untuk taklimat terakhir sebelum bertolak ke Skudai. Kesemua angklung telah dikumpulkan dalam peti yang dikhaskan untuk dibawa bersama-sama untuk dibaik pulih. T-Shirt kelab turut diberikan kepada ahli-ahli kelab yang terlibat mengikut saiz masing-masing.

















Tekun mendengar taklimat



Memberikan pesanan ringkas

Menyumbang suara dari atas

Sebaik sahaja taklimat selesai diberikan kesemua ahli diarahkan ke pagar utama sekolah untuk menaiki bas yang telah disediakan. Masing-masing tidak sabar-sabar untuk mendapatkan tempat yang strategik di dalam bas. Terdapat juga beberapa ibu bapa yang turut sama menghantar anak-anak mereka ke bas.


Skudai.....kami datang!

Tiket!Tiket!Tiket!

Masih segar...semua excited!

Tersingkir awal dari akademi
Tepat jam 6.00 petang bas pun memulakan perjalanan ke Skudai yang akan memakan masa selama lebih kurang 4 jam untuk sampai ke destinasi. Jam 9.15 malam kami berhenti rehat di Rehat dan Rekreasi Pagoh untuk menikmati makan malam. Setelah pesanan penaja diberikan kepada semua ahli dilepaskan.


Menikmati makan malam dengan ceria
Setelah 30 minit kami pun meneruskan perjalanan semula ke Skudai. Suasana bas menjadi sunyi sepi....mungkin kekenyangan semua lena tidur semula. Pukul 10.45 malam kami tiba di Komplek Belia dan Sukan Larkin. Kami menuju ke kaunter untuk mendaftarkan diri. Setelah mengambil kunci bilik dan cadar serta sarung bantal yang disediakan oleh pihak komplek kami pun menuju ke bilik masing-masing dengan penuh teruja.
Kaunter
Kemas....kemas!

Muka-muka toye!

No comments:

Post a Comment