Sunday 27 May 2012

Bowling Time di Ole Ole....Bandung!

Setelah berpenat lelah selama seminggu menjalani latihan, hari ini 25 Mei 2012 jam 4.00 petang di Ole Ole......Bandung...yes, kami memulakan aktiviti baru.....main boling. Seramai 15 ahli kelab turut serta dalam permainan ini sementara tiga orang guru juga tidak mahu ketinggalan. Siapa lagi jikalau tidak Cikgu Malisa, Cikgu Abu Supian dan Cikgu Norazlena.

Setelah dibahagikan kepada lima kumpulan maka permainan pun dimulakan. Balingan cikgu-cikgu pengiring semakin lemah oleh kerana seawal jam 2.00 petang guru-guru terlebih dahulu membaling bola boling di Ole Ole.

Cikgu Malisa dan Cikgu Abu Supian keletihan

Ariff...sangat-sangat teruja

Apalah yang dikomplen oleh cikgu Malisa
Hampir satu setengah jam berhempas pulas membaling bola boling ke sasaran, maka tibalah waktu penyampaian hadiah. Kelima-lima hamper yang disediakan merupakan tajaan daripada Puan Nurlela. terima kasih daun keladi...lain kali sponsorlah lagi. Hahahahahaha!


Nama pemenang diumumkan

Tempat kelima kumpulan Nizam

Tempat keempat kumpulan Ariff

Tempat ketiga kumpulan Aqashah

Tempat kedua kumpulan Haniff

Tempat pertama kumpulan.......siapa ni?

Bergambar untuk memori
Berikut merupakan jumlah skor kumpulan :

Kumpulan 1 = 475
Kumpulan 2 = 483
Kumpulan 3 = 492
Kumpulan 4 = 611
Kumpulan 5 = 623


 

No comments:

Post a Comment