Thursday 12 July 2012

Rehearsal di KLCC

Kelam-kabut, memang kelam-kabut, last minute baru diberitahu ada rehearsal. Jenuh mencari pengangkutan untuk ke sana. Last-last kami menaiki komuter untuk sampai ke KLCC dengan dibantu oleh Penolong Kanan HEM kami, Puan Suri Arini, Encik Supian dan guru penasihat kelab sendiri iaitu Puan Malisa untuk menghantar kami ke stesen komuter.
Kelakar........ada yang tidak pernah menaiki komuter dan ini merupakan pengalaman pertama beberapa orang ahli kelab. Lawak mendengar mereka gementar untuk menaiki 'binatang' ini. Hahahaha.....lawak sungguh. Tak disangka, percuma pula tambang ke KL Sentral untuk ahli kelab. Rupa-rupanya KTM sedang membuat promosi. Rezeki mereka, cikgu saja yang dikenakan bayaran.



Dalam komuter, macam-macam kerenah ada. Tengoklah gambar-gambar ni!







Setibanya di KL Sentral berebut-rebut pula mahu membeli token untuk ke KLCC. Setelah mendapatkan token diserahkan kepada setiap pelajar. Maka gelabahlah Azizah sekali lagi. Cikgu....macamana nak guna? Hahahahahaha....kesian budak ni. Kegelabahan tambah tersirna apabila token diletak tapi pagar tidak terbuka. Comel sungguh melihat gelagat mereka.





Stesen KLCC.....berebut menaiki tangga keluar. Sampai di kaunter kegelabahan tersirna lagi. Pagar tidak terbuka. Cikgu gelak lagi. Angklung dikumpulkan dan diikat rapi. Tugas untuk Amnan dan Nizam memikul. Kami menuju ke KLCC. Terasa jauh pula apabila membawa bebanan ni. Sampai di sana kami menunggu arahan dan kemudian mengisi perut serta menunaikan solat di surau.
Menuju ke KLCC


Setting

Persiapan sedang dijalankan dengan giat dalam Dewan 2, bau cat sungguh menusuk lubang hidung kami. Sebelum memulakan latihan kami menikmati makan malam yang disediakan khas.






9.00 malam briefing diberikan dan latihan dimulakan. Kelab memulakan latihan atas permintaan oleh kerana kami tidak mahu lewat pulang ke sekolah dan ke rumah. Maklum, mereka masih budak sekolah.


Sedang disusun atur kedudukan masing-masing di atas pentas


Jam 9.45 malam latihan untuk kami selesai dan kami diminta berada di dewan esok jam 10.00 pagi untuk latihan ke dua sebelum perasmian sebenar. Pengangkutan dihubungi dan menanti kami depan bangunan BSN di Suria KLCC. Maklum, cikgu pun bukan pandai sangat. Berpusing-pusing mencari bas. Setelah penat melawat KLCC satu pusingan baharu kami jumpa bas kami! Fuh.....kartun.



11.15 malam tiba di sekolah. Kemeja diagihkan kepada ahli kelab dan beberapa pesanan tentang pakaian dan mendapatkan rehat yang secukupnya untuk event esok pagi.. 11.30 malam ahli kelab mula beransur pulang ke rumah masing-masing.

Menanti ibu bapa

No comments:

Post a Comment