Sunday 30 September 2012

Pertandingan Apresiasi Seni Visual 2012

Selalunya kami mengadakan persembahan di luar Shah Alam tetapi hari ini, 29 September 2012, kami membuat persembahan di tempat kami dilahirkan iaitu di Galeri Shah Alam. 7.30 pagi kami bertolak ke Tasik Shah Alam dengan menaiki Avanza, Kia Sportage dan Exora yang membawa hanya 12 orang anak-anak kelab angklung. Setibanya di tasik kami disambut oleh En.Sam dan beliau mula sibuk menyusun atur kedudukan alatan dan anak-anak angklung di tempat yang disediakan. Setelah semuanya selesai kami semua mula ke meja makan untuk bersarapan pagi. Meehun goreng bersama dengan dua jenis kuih. Alhamdulillah!


 
 

 
Selesai bersarapan anak-anak angklung bersiap sedia pula untuk disolek. Jurusolek kali ini, Puan Malisa pula.
 

 
Siap disolek, mereka ke tempat masing-masing dan menanti ketibaan VIP. Ketibaan mereka disambut dengan Gamelan Salwa dari Banting serta disahut oleh alunan angklung dengan lagu Budi Bahasa Budaya Kita.

 


Sebaik sahaja majlis dirasmikan gamelan mendahului paluan gong dan kemudian sekali lagi lagu Angklung Sambutan dimainkan menandakan acara telah dirasmikan dengan jayanya.



Persembahan diteruskan berselang seli dengan paluan gamelan yang lunak. Pengetua kami, Tuan Haji Abdul Wahid bin Takat, turut hadir untuk memberikan semangat kepada anak-anak. Ternyata ayunan angklung mereka bertambah baik.

 
Sebelum bersurai kami berkumpul dan bergambar bersama kumpulan Gamelan Salwa sebagai kenangan.
 
 
Selesai majlis kami sekali lagi menjamu selera di tempat yang telah disediakan. Masing-masing menerima goodies semasa makan.



Sebelum pulang kami bergambar sekali lagi di atas pentas utama Galeri Shah Alam. Ada pula mamat kechik kat ujung tu terselit dalam kumpulan kami!
 
 
Angklung Sambutan


Budi Bahasa Budaya Kita


Carta Hati


Koo Gud (Thailand)


 Tari Tualang Tiga

 

No comments:

Post a Comment