Saturday 8 September 2012

Sekinchan Business Centre

Pada hari Rabu 5 September 2012, LDAP sedang berjalan dalam Bilik Gerakan. Tiba-tiba hp berdering. Uhh...siapa yang menelepon agaknya. Hp di'on'kan. Whoaaaa...Puan Latifah, setiausaha YB Datuk Noriah. Terus dijawab dengan segera panggilan tersebut. Waduh...rezeki hari ini. Kertas kerja yang diserahkan lama dulu membuahkan hasil. Wakil sekolah dijemput untuk mengambil sumbangan pada hari Jumaat 7 September di Sekinchan Business Centre.
 
Berita gembira dikhabarkan kepada Pengetua Tuan Haji Abdul Wahid, Penolong Kanan I Puan Mahani Misran dan Penolong Kanan Kokurikulum Puan Suri Arini Samsuri. Oh la la....mereka bertiga tidak boleh memnghadirkan diri dimajlis tersebut. Makanya, cikgu penasihat ditugaskan ke sana. Setelah berbincang dengan guru penasihat kedua maka dua orang ahli kelab telah dipilih untuk turut serta dalam majlis ini. Ahli kelab yang bertuah tersebut tak lain dan tidak bukan Ahmad Amnan dan Khairul Nizam......jeng....jeng....jeng.........!
 
7.30 pagi 7 September 2012, sudah berada diperkarangan sekolah. Niat di hati untuk mengambil breakfast di kantin, datang pula tokey kantin. Berbual-bual dan hanya dapat minum teh o jer. 8.00 pagi menuju ke Laman Budaya untuk berjumpa dengan Encik Sam untuk mengambil skor lagi Selamat Pengantin Baru. 8.15 pagi memulakan perjalanan berpandukan gps telefon bimbit menuju ke Sekinchan.
 
Perjalanan hanya mengambil masa satu setengah jam sahaja. Mungkin jalan raya pun baik dan tidak banyak kenderaan yang menghala ke sana pagi-pagi ini. Pukul 10.00 pagi sudah berada di Sekinchan Business Centre. Perut sudah menyanyikan lagu keroncong, rock n roll, samba dan sebagainya. Kami pun menuju ke sebuah restoran berhampiran untuk memenuhi tuntutan perut. Sedap sungguh nasi ayam di Sekinchan ni....atau perut kami yang memang dah lapar sangat!
 
10.30 pagi kami mula memanjat tangga ke pejabat YB Datuk Noriah Kasnon. Kami disambut dengan penuh senyuman mesra. Wow....first impression sudah baik. Mereka bertanya siapa kami dan kemudian tersenyum lebar apabila mengetahui kami wakil dari Sri Muda. Terus dibawa kami ke dalam satu bilik khas untuk menandatangani borang pengesahan penerima sumbangan.
 
11.20 pagi, majlis pun bermula dan kami merupakan orang kedua menerima sumbangan pada hari ini. Sebelum majlis penyampaian sumbangan kami berkesempatan bergambar bersama-sama dengan YB. Jam 11.45 pagi  kami bertolak pulang semula ke Shah Alam. Cek sudah ditangan. Mission accomplished!
 
                                                               Menanti masa

                                                                Kembar?

                                                              Akulah paling hensem kat cni

                                                              YB Datuk Noriah berucap

                                                Sebahagian daripada penerima sumbangan

                                              Senyum...senyum..,ah, dia basah lagi!

                                                               Menyerahkan laporan kelab

                                                                 Menerima sumbagan
 
 

No comments:

Post a Comment