Sunday 28 October 2012

FSTEP - Majlis Menandatangani MOU dan Perasmian Pengambilan Badge Ke-9

Seawal pagi ahli kelab sudah mula berkumpul. Tepat jam 8.30 pagi kesemua ahli kelab bergerak ke kenderaan yang disediakan. Perjalanan dimulakan. Namun nasib tidak menyebelahi kami. Sudahlah tersangkut kat jalan yang jem....bila dah terlepas dari sangkutan jem....tersalah ambil jalan pula. Sudahnya tersangkut jem sekali lagi di Lebuhraya Persekutuan!
 
Pukul 10.00 pagi kami tiba di kawasan pakir kereta. Tak pernah kena tahan hari ini pak guard bangla tu tahan kami. Terpaksalah tunggu, tulis nama, letak lesen, ambil pas sebelum naik lif ke tingkat 1. Ingatkan dewan kosong...rupa-rupanya ada aktiviti ice-breaking pula. Menantilah lagi kami di luar dewan. Sempat juga kami bergambar di bahagian depan fstep bersama Puan Haznan dan Encik Lee.
 
Aturcara
 
 


Sebaik sahaja aktiviti tersebut selesai, kami pun masuk ke dalam dan memulakan latihan beberapa kali agar event sebenar berjalan lancar. Beberapa kali perubahan dibuat dan akhirnya kata putus dapat dicapai. Jam 12.00 kami pun berehat dan menjamu selera di bilik Kedah. Sedap juga makanan hari ini. Pukul 1.00 tengahari anak-anak diarahkan menunaikan kewajipan dan kemudian berkumpul semula pada pukul 1.45 petang. Sementara menanti mereka, yang uzur memulakan solekan.
 

 
Pukul 2.00 petang kami bersedia di dalam menanti untuk memulakan persembahan. Jam 2.15 kami pun memulakan persembahan dengan dendangan lagu Kenanganku....dan seterusnya....dan seterusnya........



Setelah sign diberi, maka kami bersedia untuk memainkan lagu angklung sambutan untuk menyambut ketibaan VVIP majlis iaitu YB Tan Sri Azman Hashim. False alarm.....belum tiba masanya. Nasib baik...sebab lagu sambutan kami tidak kedengaran diawalnya. Kami memulakan semula ayunan angklung dengan lagu-lagu seterusnya. Tidak lama kemudian...tibalah VVIP yang dinanti-nantikan.
 
Semua acara berjalan lancar pada petang ini. Setelah berdiri lebih kurang sejam setengah maka lagu terakhir didendangkan kepada para tetamu iaitu Shanghai Beach, atas permintaan Encik Lee untuk didendangkan kepada YB Tan Sri.  Sebaik sahaja majlis tamat kami pun mengambil kesempatan bergambar dengan Tan Sri  Azman.
 


Last sekali.......makan time!



 
 
 
 

No comments:

Post a Comment