Saturday 1 December 2012

Anugerah Kecemerlangan Politeknik 2012

Seperti yang dijanjikan 3.00 petang kami bertolak ke Politeknik Shah Alam. Nasib baik call Pak Agus tadi, kalau tidak bebudak ni semua kena jalan kaki ke sana. Pak Agus ingat tak jadi.....fuyooo! Puan Elsa setia menanti. Thank you Elsa. Jurusolek kami for the day. Laju pulak si Elsa ni drive kereta....zup zap zas zus.....hilang dari pandangan. Terkucil-kucil KIA mengejar MyVi....huh!
 
Setibanya di Poli....terus ke dewan. Walawey.....besaq dewannya. Kami disambut oleh petugas majlis dan membawa kami ke belakang pentas untuk meletakkan alatan dan pakaian. Encik Sam membantu kami untuk membuat latihan sebelum majlis bermula. Kami memulakan latihan di dalam Dewan Bestari. Luas woooo.....
 
 
Kemudian kami ke dewan utama semula untuk membuat latihan....sambil menanti sempat juga Puan Elsa kita menyolekkan beberapa orang anak angklung. Puan Siti Jalilah juga turut menyumbangkan tenaga. Thank you.




Mari....mari....mari....kita ke pentas untuk membuat latihan. Asap berkepul2....rimasnya!



Kemudian kami ke Dewan Bestari semula untuk menjamu selera. Rasa lapar dan dahaga sangat-sangat ni. Nasi goreng.....masih panas. Anak-anak, jangan tanya sudu mana, makan jer guna sudu asli kamu tu ya.
 

Sebaik sahaja selesai makan, mereka mula menyiapkan diri dengan solekan dan pakaian. Ariff tak sabar-sabar nak tukar. Pergilah Ariff oiii.......BERTUKAR!


Debaran semakin meningkat. Chekgu pun nak pucat dah. Memasing cuba menghilangkan rasa gementar dengan melakukan pelbagai perkara...termasuklah minum Minyak Cap Kapak! Gila la kau Amnan.
 
 
Selesai sahaja perasmian dan pembukaan majlis oleh Dato Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, majlis makan malam pun bermula. Ini bermakna giliran kami untuk membuat persembahan. Dimulakan dengan lagu Budi Bahasa Budaya Kita sebagai pembuka selera, diikuti dengan lagu Bengawan Solo (keroncong), Yek liang Tai Piau Wo Te Sin, Tari Tualang Tiga, Koo Gud, Getaran Jiwa, Poco Poco dan diakhiri dengan lagu Kenanganku sebagai pencuci mulut. Semasa mendendangkan lagu Getaran Jiwa kami mendapat tepukan dari pendengar di bawah. Sementara lagu Tari Tualang Tiga dan Kenanganku kami diiringi penari-penari Wariseni.
 

 
Siap menyalin pakaian, kami menuju ke meja makan untuk mengisi perut lagi. Wehh....kite orang dapat cenderamata..... Syiookkknya.
 
 
 

Selesai makan, kami mengambil alatan dan menuju ke kenderaan masing-masing. Sungguh riang anak-anak angklung hari ini. Senyum sampai ke telinga. Stereng dipegang dan menuju ke Sri Muda.....cis, baru  teringat book stand tidak dibawa pulang. Terus beri signal untuk buat U turn. Horn kereta belah kanan berbunyi. Sori ek....emergency. Pak Agus pun ikut pusing sama. Walawey, tak sempat gitau Pak Agus soh teruskan perjalanan. Soh Amnan call. mamat ni pun cakap cam dalam kelambu, orang tak dengar. Last last dek Non ni gak yang tepon Pak Agus.
 
Pak guard tahan. Nak ke mana ni? Uhhh....ambil stand kami cik. Alhamdulillah, masih ada stand kat belakang pentas tu. Teruskan perjalanan pulang. Tengah-tengah jalan terhengat pulak beg makeup. Call bebudak pompuan. Ada......nasib baik. Tetiba menyala pula lampu kat kepala.....nak kenakan budak-budak angklung pompuan. Sepakat dengan 4 budak lelaki dalam kereta, yeh yeh...jaga-jaga kamu!

Mesej dihantar....stand hilang. Dak pompuan soh tanya Uncle Sam...uncle sam gitau takde. Kami puas gelak-gelak dalam kereta. Tiba kat sekolah...masing-masing mainkan peranan. Dengan seriusnya......"stand pun kamu boleh lupa, nasib baik beg makeup ada...RM800 tau harga tu. Stand RM80 kalikan dengan 4. Berapa?," herdik chekgu. Semua pelajar pompuan diam. Chekgu sambung lagi......"Hari Isnin chekgu nak jumpa semua.......". Terhenti bicara. tak tahan melihat Azizah Yasmin yang tertunduk dengan perasaan bersalah. Chekgu pun ketawa terbahak-bahak. Lu kena 'punk' ngan kami la weh!

Semua dak pompuan menjerit marah bercampur gembira. Stand tak hilang rupanya. Azizah Yasmin fedup. Terus pulang tanpa banyak bicara. Shaza.....siap nangis tu woooo. Sori la bebudak, kenangan untuk kita semua malam tu. Kenangan terindah sama macam kamu pakai topi dan spek hitam. Terbaeklah kamu semua. TQ!
 
Rakaman video persembahan diupload ke Youtube. Selamat menonton.

                                                         Budi Bahasa Budaya Kita
 

                                                         Bengawan Solo (Keroncong)
 
Chine Classic
 
Tari Tualang Tiga
 
Koo Gud (Thailand)
 
Getaran Jiwa
 
Poco Poco
 
Kenanganku

1 comment: