Thursday 15 November 2012

Pameran Inspirasi Alam 2

8.30 pagi sudah menanti Pak Agos....yang tidak kunjung tiba. Manalah Pak Agos pergi ni.Selalu janji ditepati. Hari ini sudah melewatkan diri pula. Jam 9.00 pagi baru nampak van Pak Agos. Alhamdulillah. Bergegas kami bertolak ke Jalan Conlay. Seperti yang dijangkakan, jem teruk. Rasanya dah beli roti berkodi-kodi tadi untuk sapukan kat jem tu. Sabau jer lah. Bebudak ni pun tak habis-habis mengancau pemandu dan penumpang yang berada di kiri kanan kereta.
 
Pukul 10.30 Pagi kami tiba di perkarangan Kraftangan. Alatan diletakkan di tepi tangga dan kami menuju ke Cafe untuk menjamah sarapan pagi yang telah dipesan oleh En.Sam untuk kami semua. Thank you Encik Sam. Makan nasi lemak....woooooo. Mahu tido dibuatnya lepas ni.
 
Pukul 12.00 tengahari kami bersiap untuk persembahan sesi pertama. Ariff tak sabar-sabar mahu bertukar pakaian. Biarlah si Lucai terjun dengan labu-labunya.


 
Sebelum membuat persembahan, seperti biasa Big Daddy mesti beri kata dua......lebih kot? Anak-anak dengan tekun mendengarnya.

 
Tepat jam 12.15 persembahan dimulakan apabila para penonton sudah mula mengerumuni kumpulan kami yang sedang berlatih. Jadual sepatutnya pada pukul 12.30 tengahari. Tak kisahlah, sementara penonton ada kami pun mula. Beberapa persembahan kami disertai dengan penari-penari Wariseni dalam lagu Tari Tualang Tiga, Kenanganku dan Besame Mucho. Dari satu lagu ke satu lagu dan selepas 40 minit kami berhenti untuk seketika. Anak-anak dibenarkan meronda sekitar kraftangan buat sementara dan dinasihatkan berkumpul semula pada pukul 1.45 kerana persembahan seterusnya dijadualkan pada pukul 2.00 petang nanti.
 

Sesi kedua dimulakan dan seperti biasa persembahan kami ditonton oleh pelawat-pelawat Kraftangan. Petang ni ramai pula pelajar-pelajar sekolah menjadi penonton kami. Beberapa orang pelancong dari Hong Kong cuba untuk bermain angklung.


Selesai persembahan kami pun ke Cafe untuk mengisi perut kami yang kelaparan sebab tak makan lagi selepas sarapan tadi. Takut tak sempat sebab jarak rehat kami hanya sekejap sahaja.


Selepas makan kami berjalan-jalan disekitar kraftangan. pak Agos hanya akan datang untuk mengambil kami selepas Maghrib. Belum sempat berjalan jauh kami diminta untuk bermain angklung secara live bersama band pakcik yang ada kat atas pentas tu. Terpaksalah mengeluarkan alatan yang dah disimpan dalam kereta tadi. Not bad juga persembahan kami.
 

Salah satu lagu persembahan kami - Serba Salah

 


 
 
 


No comments:

Post a Comment