Sunday 23 December 2012

Mimpi Ke Bintang

15 Disember 2012, seawal 6.00 pagi sudah bangun dari tido, seorang demi seorang sudah mula bangkit, terpisat-pisat menggosok mata. Masih lagi letih dan mengantuk. Apa boleh buat....nak ke bintang punya pasal kena bangun awal. Setelah semua bersiap anak-anak lelaki dipanggil masuk ke dorm perempuan untuk memulakan latihan. Sepanjang malam tidak boleh tidur untuk memikirkan formasi yang kreatif untuk angklung ni. Minta idea anak-anak....semua tengok kita balik...apa laaaaa!
 
Sementara menanti sarapan tiba, latihan pesat dijalankan. Formasi tarian angklung berubah 100%. Idea Encik Jo JKKN kami guna pakai dalam perubahan ini. Tiga lagu medley yang digunakan turut berubah. pada mulanya kami menggunakan lagu Koo Gud, Kenanganku dan Anak Kampung. Setelah perubahan dibuat kami menggunakan lagu My Heart Will Go On untuk menggantikan lagu Anak Kampung.


 
Jam 9.00 pagi sarapan pagi tiba, laksa goreng....first time makan laksa goreng! Pertama kali dalam sejarah....orang bagi sarapan tanpa air. Ingatkan dapatlah teguk air panas pagi ni. Hampeh! Amnan pun dikerah untuk membeli air mineral di kedai bawah. Nasib baik Thareda ada membaawa 2 kotak besar air laici. Bekal untuk piknik yang tak jadi semalam.
 
Selepas makan kami memulakan latihan lagi sehingga ke pukul 10.45 pagi dan kemudian bersiap-siap untuk menanti van datang mengambil kami ke kompleks. Hari ini full dress rehearsal. Nampaknya dari tengahari sampai ke tengah malam la anak-anak angklung akan memakai baju putih hitam ni.

 
 
Masa terluang yang ada dimanafaatkan sebaik mungkin. latihan terakhir dibuat. Pasti selepas ini kami tiada lagi peluang untuk membuat latihan.
 

 
Pukul 12.00 tengahari, kami mula mencari makan tengahari sebelum dipanggil masuk ke dewan jam 2.00 petang nanti. Hentam sajalah labu....makan apa yang ada. Syukur. Selepas makan, anak-anak angklung dipesan untuk menunaikan kewajipan dan berkumpul semula di dewan pada pukul 2.00 petang nanti. Tunggu la punya tunggu...sampai naik berjanggut, cukur .....berjanggut semula dan cukur lagi...tak gak start start. Ke tandas dah berkali-kali, tertidur kat kerusi berkali-kali. At last kol 4.00 petang baru nak mula. Para peserta dipanggil berdiri di bahagian lobi kompleks. Akhirnya, setelah berpindah randah macam orang nomad.



 
 

Sebaik sahaja selesai rehearsal, kami pun keluar untuk mencari makan malam dan bersolek. Sementara menanti juru solek tiba anak-anak angklung berkesempatan berjumpa dengan artis-artis jemputan JKKN, antaranya  yang inilah..... Pulangkan.....pulangkan......pulangkannnnn....
 

Sebaik sahaja jurusolek tiba kami pun beratur bersama-sama dengan para peserta yang lain untuk disolekkan. Bawa alat solek sendiri.....saje jer nak bersolek dengan orang RTM ni.


Pukul 8.00 malam diarahkan semula ke dewan untuk briefing terakhir dan berkumpul semula di bahagian lobi untuk memulakan siaran secara langsung pada pukul 9.00  malam nanti. Chekgu....sedia menanti di tempat duduk hadapan dewan dengan poster. Satu-satunya penyokong Kelab Angklung Wariseni.
 
 
Jam 9.00 malam maka bermulalah sejarah Kelab Angklung Wariseni SMK Taman Sri Muda, pertandingan yang pertama kali disertai, secara langsung di TV pula tu. Seorang demi seorang peserta menunjukkan bakat masing-masing, ada yang dapat 3 lampu biru, ada yang dapat dua sahaja tak kurang juga dapat 3 lampu merah. Anak-anak angklung sudah mula gelabah. Ada yang menangis dan terdengar cerita.....boleh ke kita buat, boleh ke kita buat?
 


Yakin....kita boleh! Dan anak-anak angklung pun keluar membuat persembahan mereka. Chekgu?......Hanya mampu perhati dari jauh dan merakamkan detik-detik bersejarah ini. Gud luck anak-anak angklungku!

 

Akhirnya....persembahan tamat. Berdebar-debar menantikan warna di hadapan. Dua orang juri memberi komen, salah seorangnya Dato Fazley....dia mahukan persembahan yang lebih mantap dari anak-anak angklung. Ketiga-tiga lampu juri......BIRU! Tersengih-sengih budak-budak angklung kat pentas tu. Sampai sahaja di belakang pentas, terdengar jeritan kegembiraan. Sudah meraikan.....Berakhirnya perjuangan hari ini dan akan diteruskan di Kuala Lumpur pula. Sesi bergambar berlangsung.
 


 

Jam 11.30 malam, memunggah alatan ke dalam van Pak Agus dan bertolak pulang ke Shah Alam. Tiba di Shah Alam jam 12.30 malam dan menanti ibu bapa collect anak maing-masing. Tahniah dan terima kasih semua. jangan lupa latihan akan datang, kita buat yang lebih baik lagi. Gud nite! 

2 comments:

  1. wahh. tahniah. persembahan yg baik. I pun salah sorang pemain angklung dr SMK Sungai Abong Muar.

    ReplyDelete
  2. Tq....boleh kita berkongsi pengalaman nanti.

    ReplyDelete