Monday 4 February 2013

Mesyuarat Agong PIBG SMK Taman Sri Muda

Buat kali ke dua kelab ini akan membuat persembahan selepasYB Senator Muhamad Ezam merasmikan mesyuarat agong PIBG kali ini. Lagu yang menjadi pilihan pada kali ini hanya dua sahaja iaitu sebuah lagu Inggeris yang bertajuk,'Have You Ever Seen The Rain' dan lagu pop yeh yeh Jeffrydin, Kenanganku.
 
Berbekalkan baju T bewarna kuning, key bewarna kuning dengan vest hitam dan berseluar slack hitam....anak-anak angklung naik ke pentas setelah profil dibaca. Panik pun ada....almaklum, macam ada badi bila main kat sekolah ni. Selalu tak menjadi....ada angklung tak bunyilah.....sumbanglah.....tarian tak samalah....macam-macamlah....adoilah!

 
Alhamdulillah, permainan berjalan lancar dan teratur. Tahniah anak-anak angklung! Kita bersedia untuk persembahan di Putrajaya pada 10 Februari ini pula di Dewan Seri Melati.
 


 
Have You Ever Seen The Rain

 

No comments:

Post a Comment