Wednesday 13 February 2013

Rakaman Generasi Y

Semalam di Putrajaya membuat promosi, hari ini (11 Februari 2013) di sekolah bersiap sedia untuk membuat rakaman untuk rancangan Generasi Y TV2, RTM. Puan Hazni akan datang untuk menemubual anak-anak angklung. Malas memikirkan tentang pakaian, tee semalam diguna pakai hari ini cuma tiada key, topi dan cermin mata. Hanya 12 anak angklung yang dapat hadir hari ini.
 
Sementara menanti crew tiba, anak-anak angklung mengulangkaji memainkan beberapa buah lagu yang lama tidak didendangkan. Sedang asyik mengalunkan angklung, Puan Hazni tiba bersama jurukameranya. Anak-anak angklung diarahkan bersedia.
 
Level 1 - anak-anak angklung diminta untuk memainkan angklung bersama gerakan tarian yang biasa dilakukan. Level 2 - memainkan angklung tanpa pergerakan. Kesian jurukamera tu, tertarik-tarik kamera nak memngikut rentak tari budak-budak ni. Level 3 - temuramah. Mula-mula chekgu dulu kena interview. Gelabah gak nak cakap. maklumlah, nak masuk TV, semua orng nanti tengok dan dengar apa yang dicakapkan. Pasti ada komen! Level 4 - giliran Arham pula ditemuramah. Hahahaha....gelabah ko! Macam chekgu jugaks!
 
Level terakhir - bab PASHAAA! Berapa kali kena ulang daaaaa........Arham apabila diminta untuk memberi kata dua terakhir, gelabah gila, asyik kena ulang beberapa kali. Last-last Puan Hazni soh praktis....dengan lancarnya Arham berkata-kata. Rupe-rupe nyer, depa dok rakam yang itu, hahahahaa sekali lagi! Terer la depa.
 
Rakaman ini mungkin akan disiarkan pada bulan Mac nanti. Puan Hazni akan call bila dapat tarikhnya nanti. Oh Yeah!
 



 

No comments:

Post a Comment