Tuesday 25 June 2013

Live Muzik Ekstra

5 Jun 2013, pukul 9.00 pagi sudah berada di RTM. Bersarapan di kantin terlebih dahulu dan kemudian menuju ke studio TVi.....eleh kami aje yang ada. Kami gunakan kesempatan yang ada untuk berlatih buat seketika.



Berapa lama ....mesti ku nanti....penantian...satu penyiksaan. Itulah yang terpaksa kami hadapi untuk setiap rancangan TV yang disertai. Tetapi berbaloi-baloi. Kami diberitahu giliran kami ditukar kepada peserta yang terakhir. Apa-apa sajalah. Tepat jam 1.00 petang rancangan pun bermula. Seorang demi seorang peserta memulakan rentak dan bicara masing-masing. Tibalah giliran kami. Lagu hit yang didendangkan lagu Isabella tetapi versi ST12.






Alhamdulillah semua berjalan lancar. Selesai persembahan kami pun makan tengahari yang disediakan diruang lobi studio. Kami diperingkat suku akhir rupanya. Kalau nak masuk ke pringkat separuh akhir, penonton kena undi/sms/like kami. Apa-apa pun kami serah kepada penonton. Ada baguskah kami? Sempat bergambar dengan crew-crew Muzik Ekstra sebelum keluar.


Selesai makan kami pun beransur pulang....hoping for the best! Chaiyok...chaiyok!




No comments:

Post a Comment