Thursday 25 July 2013

Alamanda 1

Selesai di KLIA, kami bergegas ke Alamanda, Putrajaya. Pak Ariffin mendahului jalan. Sampai di Presint 4 Pak Ariffin berhenti....lost! Lantas meminta bantuan GPS hanphone nokia, perjalanan diteruskan semula. beberapa minit kemudian kami pun tiba di Alamanda. Barang-barang dipunggah dan dibawa ke pentas yang disediakan. Uncle Sam sudah sedia menanti dan mengarahkan kami untuk meletakkan barang-barang di sebelah pangkin


Setelah penat menanti di pondok yang ada, persembahan kami dimulakan pada jam 5.45 petang. Sungguh hebat sambutan di sini....sound system dia...wow, best!



Kami juga mempunyai 2 orang fan cilik!





Sementara menanti waktu berbuka puasa tiba....kami melakukan beberapa shooting dipersekitaran Alamanda. Lihatlah aksi-aksi kami yang comel ni.....hahahahahahaha!





Berkumpul semula di cafe untuk berbuka. Makan apa agaknya ya?




Selesai berbuka....masing-masing membawa halatuju membawa perut yang penuh. Pesanan penaja...berkumpul semula di pondok jam 8.15 malam untuk persembahan kedua.


Belum start lagi, orang ramai dah berkerumun untuk melihat persembahan kami...not bad. Mungkin alat muzik kami lain kot...membuatkan mereka tertarik.






Persembahan kami berakhir pada jam 9.30 malam. Berkemas dan kemudian kami bertolak pulang selepas mendapat bekalan aiskrim McDonald Uncle Sam.

No comments:

Post a Comment