Friday 26 July 2013

Alamanda 3

Pukul 1.00 petang kami bertolak ke Alamanda. Awal kami tiba di sana, anak-anak angklung dilepaskan selama 3 jam untuk melihat persekitaran Alamanda...permintaan khas dari mereka. Aku? e- ipad,  e-handphone, e-shopping, e-buluh kat luar shopping centre tu....bersama-sama Pengerusi kelab, Arham. Memang e-bosan gila!

Seperti yang dijanjikan, pukul 5.00 petang semua anak-anak angklung berkumpul semula dan mengambil pakaian masing-masing untuk bersedia.



Hari ini kami hanya menukar tudung dari oren ke hijau. Cantik juga. Uncle Sam dihubungi untuk menyenaraikan lagu-lagu persembahan untuk sesi pertama ini. Pada mulanya beliau menyuruh aku.....aku? No idealah uncle...sudahnya uncle Sam yang buat juga. hahahahahahaha......!


5.45 petang anak-anak angklung diminta bersedia untuk memulakan persembahan mereka. DJ hari ini...tak lain dan tak bukan.....dipersilakan Uncle Sam Mat Kous. Yeah....berikan tepukan gemuruh!




Sebaik sahaja selesai persembahan, aku membawa anak-anak angklung ke Restoran Ayam Penyet AP untuk berbuka puasa. Sempat lagi mereka berposing!


Nak duduk kat restoran pun berebut-rebut....kalau dah budak tu....budak juga lar.



Ariff dah macam orang tak makan sepuluh hari dah...layu jer. Uncle Sam plak tak henti-henti mengusik Ariff.....sian Ariff, sabo jer lah! Waktu berbuka puasa sudah sampai...yum yum yum.


Setelah kenyang, anak-anak angklung menuju ke gerai Cool Blog untuk membeli minuman idaman mereka sejak semalam. Diingatkan untuk berkumpul semula di kawasan pentas pada jam 8.15 malam. Hari ini aturcara kami ada sedikit kelainan. kami akan berinteraksi dengan penonton. Lagu yang akan digunakan ialah Burung Dalam Sangkar. Memang catchy lagu ni.




Pada mulanya ramai penonton lari apabila dipanggil....tapi masih ada yang sporting dan turut sama memnyertai persembahan kami dengan bantuan Uncle Sam sebagai coach.





Not bad...not bad......waduh riuh Alamanda dengan alunan angklung. Kami mengakhiri persembahan dengan lagu Dendang Sayang dan mengajak penonton bertepuk tangan bersama-sama kami diakhir lagu. Selepas alatan disimpan, semua menyalin pakaian dan kami bertolak pulang ke Shah Alam. Kita jumpa lagi pada 29 Julai nanti ya dengan surprise yang lain pula.

No comments:

Post a Comment