Tuesday 2 July 2013

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - SUK

Jam 6.30 pagi menanti bas SKPK di hadapan sekolah. 6.45 pagi.....15 minit berlalu, masih tiada bas. Lalu Pak Zac dihubungi.....Cikgu, saya baru nak masuk bilik air. Hulalalala....kok semalam diberitahu akan datang jam 6.30 pagi untu mengambil kami, baru nak masuk bilik air jam 6.45? Sabo je lah!

Bertolak dahulu ke SUK bersama Hidayah dan Fadzillah untuk merebut parking. Tinggalkan pesanan penaja pada Arham untuk menjaga anak buah sehingga bas sampai. 7.00 pagi mendapat pesanan ringkas, bas masih belum sampai. Gelabah seketika...alhamdulillah sampai juga mereka, sudah ada di dewan menanti.

Menunggu Malisa pula untuk mengambil alih tugas. 7.30 pagi Malisa tiba dengan serinya. Yes, lega....meninggalkan pelbagai pesanan penaja pada Malisa sebelum beredar ke audiotorium. Tak tahu apa jadi seterusnya.


Selepas bersarapan mereka memulakan aktiviti menyolek dan bershooting. Dapat pesanan ringkas dari Malisa...sila tukar span yer! Hehehehehehehe.....busy ar!



Menanti di dalam audiotorium denga penuh debaran....tiba giliran kelab angklung. Semakain berdebar. Apakah sambutan warga pendidikan daerah Petaling ini?




Alhamdulillah semua berjalan lancar....terima kasih kepada Malisa dan anak-anak angklung. Berakhirnya satu lagi debaran. Bas SKPK yang digunakan untuk datang sudah berada di Kuala Lumpur....perlukah aku tunggu? Buang masa...lantas Cikgu Azman dan Cikgu Rahayu digunakan untuk mengangkut 11 orang budak angklung balik ke sekolah. Thank you yer.....jasamu dikenang, nanti belanja makan.

No comments:

Post a Comment