Tuesday 16 July 2013

Salam Aidilfitri di KLIA Hari Kedua

Hari ini aku naik van bersama budak-budak angklung yang lain. Merasai haba kepanasan berhimpit macam sardin.....ya ke? Tapi selesa jer...sempat lena lagi. Malas membawa kenderaan ke KLIA....parking dan tentu mahal...kerja bertambah, mula-mula kena hantar budak kat pintu 7 pastu aku sendiri perlu ke tempat parking pula. Bayar parking lagi. 

Tiba di KLIA kami terus menuju destinasi, mengambil kunci daripada floor event manager dan menuju ke bilik khas yang disediakan. Manager nampak panik! Beliau bertanyakan waktu persembahan kami bukankah pada pukul 2.00 petang nanti. Ooooooo....dia ingat kami tak tahu dan datang awal. Lega manager tu bila kami gitau waktu perseembahan sebenar.

Budak-budak penuh dalam bilik sempit tu...bosan! Mengajak Arham untuk mengambil angklung....daripada lepak tak tentu hala ada baiknya kami buat sedikit latihan. Uncle Sam menghubungi aku....tak dengar. Sorry boss...kuat bunyi angklung dalam bilik. Beliau bertanyakan di mana bilik kami dan ku arahkan Ariff untuk mengambil Uncle Sam.

Budak-budak ku tinggalkan di dalam bilik dan bersama Uncle Sam merancang lagu-lagu yang akan dimainkan nanti. Waduh ....konpius aku. Jam 2.00 petang maka bermulalah persembahan kami selama 30 minit.




Sementara menanti puku 4.45 petang, aku menuju ke pondok membuat wau. Menarik....aku pun mengecek minta diajar cara membuat wau. Maka bermulalah karier baru aku sebagai pembuat wau.....WAAAAAUUUU!



Pantang dapat kamera budak-budak ni....habis diposingnya segala gaya!



Jam 4.45 petang sekali lagi kami ke pentas untuk menghiburkan tetamu yang berada di KLIA ini. Berikut merupakan klip klip yang dapat dirakamkan.











Jam 5.15 petang, persembahan berakhir dan kami bergegas untuk menyalin pakaian. Pak Ariff dihubungi untuk mengambil kami di pintu 7. Selamat tinggal KLIA...jumpa esok ya.

No comments:

Post a Comment