Thursday 18 July 2013

Salam Aidilfitri di KLIA Hari Keempat

Hari ini kami menggayakan pakaian kami dengan menggunakan kain batik sebagai tudung. Idea siapa....datang menerjah setelah perbincangan hangat dengan Pengerusi Kelab Angklung, Arham. Tiba di KLIA kami terus menuju ke tempat biasa dan bersedia menanti Uncle Sam untuk membuat sedikit latihan sebelum persembahan. 

Setelah berpuas hati kami segera menukar busana kami. Terkial-kial menggayakan kain batik kat kepada anak-anak angklung ni....hampir sejam untuk menyiapkan mereka. Floor Event Manager menegur kami.......'Tak nampak pun lalu tadi...alaih-alih dah berbungkus,'. Hahahahaha.... magik, magik!


Bersiap-siap untuk membuat persembahan. Seperti biasa 7 buah lagu akan diperdengarkan kepada tetamu KLIA. Jam 2.00 petang irama minus one Budi Bahasa Budaya Kita mula dimainkan. Satu demi satu minus one diputar mengikut susunan. Eh, eh....mengapa mereka tak mainkan angklung. Dah berbunyi dah muzik tu? Haaa....salah lagu rupanya. Buat saspen jer!



Untuk sesi pertama petang ini tiada pergerakkan yang dilakukan. Konon-kononnya hendak menjadi perempuan melayu terakhir.....lepas persembahan tadi, nampak hambar. Kena tukar strategi ni.





Di atas merupakan antara klip-klip untuk sesi pertama. Hari ini untuk sesi ke dua kami akan memulakan persembahan lebih awal iaitu pada pukul 3.45 petang. Management nak buat majlis pula....Berbuka dengan bubur lambuk. Lagi bagus...kami boleh balik awal. Sementara menanti, aku menyambung semula belajar membuat wau. Semalam tak sempat. Weh...sudah nampak waunya.



3.40 petang menyusun semula peralatan bersama krew-krew lain yang sibuk menyusun atur meja makan dan memasang background di atas pentas. 3.45 petang memulakan majlis.






Selesai sahaja persembahan, kami bergegas menukar pakaian dan menuju ke pintu 7 untuk menanti Pak Ariffin. Esok kami akn kembali semula ke sini bersama busana yang lain. Hahahahaa.....apa tu? Tungguuuuuu!

No comments:

Post a Comment