Friday 19 July 2013

Salam Aidilfitri di KLIA Hari Kelima

Masuk hari kelima di KLIA, tiada banyak perubahan. Kami lewat tiba sedikit dari biasa oleh kerana kami bertolak lewat hari ini dari sekolah. Hari ini Pak Ariffin lewat sedikit....gelabah juga sebab call tak dapat-dapat. Rupa-rupanya beliau menziarahi saudara terdekatnya yang meninggal dunia di seksyen 21. Hermmm....seksyen 21? Kat mana tu ya? Bertelagah dengan Arham meneka-neka di mana seksyen 21.

Tiba di KLIA bergegas menuju ke bilik persalinan untuk menukar pakaian. Hari ini busana kami menggunakan shawl yang baharu sahaja dibeli dekat bazar depan Ole-Ole Seksyen 18. Tawar-menawar dengan penjual Pakistan tu....akhirnya dia kalah!



Tepat pukul 2.00 petang, kami memulakan bicara kami dengan lagu wajib kami Budi Bahasa Budaya Kita.





Sedang asyik merakam aksi-aksi persembahan, ada pula seorang budak kecik....ada sekor anak tupai....eh, eh...ada sorang anak orang....duduk dekat gue....ku pandang dia tersenyum. Ku pandang dia tersenyum lagi....lantasku snap-snap gambar dia.



Berakhir persembahan anak-anak angklung dibawa ke bilik persalinan untuk mencuba jubah yang baharu sahaja dibeli oleh Uncle Sam untuk kelab ini. Selepas itu semuanya dilepaskan bertebaran dan diingatkan untuk berada di kawasan pentas pada pukul 4.00 petang. Aku menuju ke pondok wau untuk menyambung kerja-kerja membuat wau. Sementara menanti corak dilukis oleh Sifu Wau aku sempat bergambar dengan salah seorang kumpulan lawak Indonesia dari kumpulan Seywho (betul ke ejaan aku ni?).


Ini wajah sifu wau aku!


Baru nak menoreh kertas....Uncle Sam sudah mari....mahu berbincang tentang pakaian dan persembahan seterusnya. Terbantut kerja lagi hari ini. Anak-anak angklung kulihat leka bermain congkak. Jam 4.00 petang, leka berbual dengan Uncle Sam Floor Event manager mengingatkan kami waktu persembahan sudah tiba. Anak-anak angklung dipanggil untuk bersedia. Sempat juga snap gambar di atas pentas.



4.15 petang bermulalah tugasan kami sekali lagi. Selama 30 minit 7 buah lagu diperdengarkan kepada tetamu KLIA, Sepang ini.



Selesai persembahan menuju ke bilik persalinan Sempat lagi beraksi dalam perjalanan.



Pak Ariffin seperti biasa mengambil kami berdekatan dengan pintu 7...area itu memang bagus untuk berhenti mengambil penumpang yang baharu turun dari flight. Orang pun tak ramai. So...selamat tinggal KLIA. Kita jumpa esok ya!

No comments:

Post a Comment