Wednesday 17 July 2013

Salam Aidilfitri di KLIA Hari Ketiga

Singgah di bilik angklung untuk mengambil baju purple budak lelaki dan alang-alang dah ke sana, ambil sekali baju batik. Menanti semua ahli tiba....van dah sampai tapi mana Mimi, Anees dan Roziana? Kena panggil pula budak-budak ni.....Mimi? Dia kata Arham gitau pukul 12.00 tengahari baru bertolak. Macam-mcam hal budak-budak ni. 

Tepat jam 11.00 pagi kami bertolak ke KLIA. Hari ketiga mengharungi bulan puasa di airport. Sesampainya di pintu 7, barang-barang dikeluarkan dan anak-anak angklung diarahkan berkumpul dalam bilik yang disediakan. Selepas kereta diparking terus menuju ke tingkat pelepasan...mencari budak-budak angklung. Bagus...sudah sedia menanti di bilik. Barang-barang disusun dan diatur sebaiknya dalam bilik tersebut. Baru nampak cantik dan kemas.

Selepas Uncle Sam memasang cd player kami memulakan latihan. Nak cuba mainkan beberapa lagu baru hari ini. Nampak amat memberangsangkan. Jam 1.15 petang kami pun bersiap-siap.



1.45 petang menuju ke pentas utama. Barang-barang disusun atas pentas dan senarai lagu diberikan oleh Uncle Sam. Sebelum memulakan aksi...kami shooting di atas pentas.



Uncle Sam juga tak mahu ketinggalan dalam skandal shooting meyooting neh!


2.00 petang kami memulakan persembahan. Lagu Budi Bahasa Budaya Kita, merupakan lagu wajib kami. Dimainkan dahulu sebelum memainkan lagu-lagu yang lain. Satu demi satu lagu dimainkan. Pada hari ini, kami memainkan lagu Kenanganku dan ada penari!




Sementara menanti sesi kedua, tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sini. Hari ni aku tak dapat menyambung membuat wau oleh kerana Uncle Sam memberikan tugasan baru untuk aku. Senaraikan lagu untuk dimainkan untuk sesi kedua. Setelah perdebatan berlaku antara guru dan murid maka lagu-lagu yang terpilih ialah............Budi Bahasa, Tari Tualang Tiga, Suzanna, Anak Kampung, Carta Hati, Tomat dan Have You Ever Seen The Rain. Jam 4.15 petang bermulalah tugasan aku.











Jam 5.00 petang berkumpul semula di pintu 7 untuk pulang ke Shah Alam. Bye-bye KLIA..kita jumpa lagi esok ya.

No comments:

Post a Comment