Monday 30 September 2013

KL Street Jam

Wan ....krew dari Persatuan Karyawan meneleponku....Sayang, apa khabar denganmu, cobalah kau menelpon diriku..hahahaha. Dia sarankan pada DBKL untuk menjemput kami turut serta dalam aktiviti mereka pada 29 September di Dataran Medan Pasar Kuala Lumpur. Setelah Puan Suri dimaklumkan hal ini baharulah kami memberi persetujuan untuk menyertainya.

Tetapi ada sedikit masalah...unplugged? Uhh, tak biasa kami dengan berplag plag nih. Minta persetujuan krew krew angklung yang ada. Mereka mahu menimba pengalaman. Ok...latihan? Hanya boleh dibuat hari Sabtu sahaja...Ahad show! Adoyai...unplugged lak tu. Uncle Sam terus dihubungi untuk membantu. Seperti biasa cuping telinga perlu ditebalka untuk mendengar leteran master sifu kami ni. Lalalalalala.....

Setelah berpenat lelah menjalani latihan seharian...jam 3.00 petang kami bertolak ke Kuala Lumpur bersama Pak Ariffin. Perjalanan hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Maklum jalan taklah jem sangat pun. Hari Ahad. Menuju ke dataran setelah kereta diparkir di Central Market.


Persembahan kami dijadualkan bermula pada jam 5.00 petang tapi kok sampai waktunya setting enggak sia-siap lagi. Biasa...sementara menanti aksi-aksi melampau ditonjolkan depan kamera....


Anees dan Hanim....praktis....yelah tu...


Agak lewat juga kami memulakan persembahan. Apa-apa pun kami pemula persembahan petang ni...semua nampak blurrrrrr.......Kami diberi masa 15-20 minit. So...dengar ek, lagu yang telah kami 'sumbangkan'!






Lagu Anak Kampung untuk sesi pertama ini tidak dirakamkan.....mereka kata testing, so aku enggak rakam deh. Rupa-rupanya show dah start. Errrggggg..... Sesi kedua kami akan bermula pada jam 8.30 malam. jadi kami gi ronda-ronda dulu.





Setelah kebosanan melanda, berguling-guling kat dataran...tibalah giliran kami untuk membuat persembahan terakhir di sini. Lagu-lagu yang akan dimainkan sama sahaja. Malas nak pikir. Masa latihan pun terhad ....so dengarlah sekali lagi...







Setelah makan nasi lemak bersama otak-otak serta air mineral.....kami pun berangkat pulang ke Shah Alam. Bye bye dataran....see u next time!




No comments:

Post a Comment