Sunday 3 November 2013

Majlis Perkahwinan Liza dan Izham

2 November menuju ke Dewan Bankuet MBSA bersama van Pak Agus pula disebabkan Encik Ariffin menguruskan PA system dalam majlis ini. Sesampai di sana, barang-barang terus dipunggah ke dalam dewan. Uncle Sam sudah sedia menanti kami di sana. Taklimat terus diberikan kepada anak-anak angklung untuk membawa pengantin ke pelamin, semasa pengantin makan dan bergambar.



Selesai taklimat kami pun menjamu selera setelah siap dihidangkan.


Makeup time....hari ini kami ada juru dandan dari luar yang diimport khas oleh Uncle Sam untuk memakai selendang dipinggang dan memakai tudung. Siap berdandan...posing time.


Sementara menanti pengantin tiba kami lepaking lagi di meja belakang....minum teh tarik, makan bubur kacang. Ada yang sempat lena lagi tu......


Jam 1.45 petang maka perarakan pun dimulakan.....







Sebaik sahaja selesai....anak-anak angklung mengambil tempat di atas pentas dan bersedia untuk acara seterusnya. Selepas pengantin mula beredar ke meja makan maka persembahan pun dimulakan.



Jam 3.15 petang berakhirlah persembahan kami.....berkemas untuk pulang. Hujan lebat mula turun di seksyen 25, terperangkap di sekolah bersama anak-anak angklung.  Apa-apa pun terima kasih anak-anak angklung....you're the best!

No comments:

Post a Comment