Friday 27 December 2013

Kempen Jualan Kembali ke Sekolah 2013

27 Disember 2013 tirai penutup aktiviti kelab pada tahun ini. Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur walaupun teraksa menunggu....alah tegal kerna biasa bak kata pepatah. Di persimpangan dilema.....salah amek susur keluar....mengambil jalan pintas yang salah...nasib baik jalan belum sibuk pagi ni...ku potong juga ke kiri walaupun sebenarnya tidak boleh!



Tiba di Alpha Angel...salah lagi nak masuk ke kawasan parking. Apa daaa.....at last sampai juga. Encik Sam dihubungi untuk mengambil angklung dalam kereta beliau. Terus masuk ke dalam shopping mall...kedengaran bagpipe mengalunkan lagu. Meremang bulu roma! Siap berkemas maka rehearsal pun dimulakan tanpa kumpulan koir.



Dijangkakan VIP tiba pada pukul 10.30 pagi....sudah pukul 11.00 pagi masih enggak dengar bagpipe berbunyi. Budak-budak koir kerja turun naik pentas jer. Akhirnya tiba juga orang yang dinanti-nantikan. Maka bermulalah peranan kami semua yang terlibat. Kebanyakkan lagu yang kami dendangkan pada hari ini lagu rakyat...terutama lagu kanak-kanak...mengikut tema majlis. Kami hanya memainkan sebuah lagu sebelum perasmian iaitu lagi Tari Tualang Tiga. Asyik salah jer MC menyebut nama sekolah....kali ni dipanggilnya kami Kelab Anjung Wariseni....ulalalala...suda tukar ka?





Selepas aturcara lain berakhir kami memulakan persembahan. Satu demi satu lagu dimainkan.....penjaga PA system pada hari ini ialah DJ termasyur.....Norazlena Lazim. Mengeletar tangan aku nak handle benda tu semua....ini semua poyo! Sebab mika mika sema nak makan ditinggalkan aku dengan PA System tu. Nasib baik berjalan lancar.


Kami lunch KFC hari ni.....nak gi makan kat Chicken Rice...tempat duduk semua dah penuh. Maklum lunch hour. Dah nak sebu perut aku ni...kosong tak makan sejak dari pagi tadi. Nasib baik dapat beli egg custard ngan air jus oren untuk budak-budak ni sebagai alas perut. Perut sudah kenyang...hati suda lapang....berangkat pulang kami ke Shah Alam. Terima kasih kepada semua anak-anak angklung..syabas dan tahniah atas semua persembahan yang telah dijalankan.



No comments:

Post a Comment