Saturday 4 January 2014

Latihan, Sesi Fotografi, Hari Graduasi dan Sambutan Harijadi

Seperti yang dijanjikan anak-anak angklung sudah sedia menanti di bangsal sekolah hari ini. Kunci diserahkan pada si chubby Azizah Yasmin untuk mengeluarkan barang-barang sementara aku membuka pintu dewan.  T-Shirt segera diagihkan untuk dipakai semasa sesi fotografi nanti. Sedikit taklimat diberikan mengenai persembahan seterusnya dan juga sesi fotografi bersama wartawan dari akhbar Utusan Malaysia. Memulakan latihan setelah semua ahli sampai. Tak lama kemudian wartawan dari akhbar Utusan pun tiba dan memulakan sesi fotografi di dalam dewan kemudian beralih ke perkarangan sekolah. 5 orang ahli kelab angklung yang paling senior dipilih. Entah apa jadi kat mereka pada sesi itu, aku meneruskan latihan bersama dengan ahli kelab yang lain.






5 buah lagu yang biasa dimainkan diberikan tumpuan pada hari ini. Anak-anak angklung diminta memberikan tumpuan yang lebih untuk mengelakkan latihan yang kerap memandangkan kesemua yang ada memang sudah mahir dengan lagu-lagu tersebut. 






Sebaik sahaja selesai latihan, maka tibalah masa penyampaian Sijil Graduasi Angklung kepada 6 orang pemain junior kelab iaitu Hanis, Azean, Syafika dan Syafina. Syuhada dan Hanusree tidak hadir pada hari ini. Tepukan gemuruh diberikan kepada ahli-ahli junior ini semasa nama-nama mereka diumumkan. Semoga menjadi satu semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan perintis kelab ini.





Jeng....jeng...jeng.....tibalah giliran 3 orang ahli kelab Yasmin, Amira dan Shaza. Sambutan harijadi mereka diraikan pada hari ini. Yasmin dan Amira sepatutnya diraikan pada tahun Disember 2013 tetapi disebabkan oleh kekangan masa...maka tertunda ke hari ini iaitu pada 4 Januari 2014. Shaza juga turut diraikan oleh kerana dia dilahirkan pada bulan Januari. Sorry ya Shaza...hadiah cikgu bagi kemudian.







Siap berkemas....amanat diberikan kepada senior untuk memantapkan latihan 2 buah lagu yang agak kureng. Bergegas ke kereta untuk pulang....nak makan kat kenduri kahwin di rumah jiran.

No comments:

Post a Comment