Saturday 22 February 2014

K.A.W Team (Gotong-royong)

Hari ini ada latihan untuk semua ahli Kelab Angklung Wariseni bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Kehadiran ahli-ahli tingkatan 1 masih memberangsangkan. Semangat dan komitmen mereka masih utuh. Terima kasih di atas kehadiran semua terutama kepada senior yang membantu semasa latihan tadi. Latihan ditamatkan pada pukul 10.00 pagi dan aktiviti gotong-royong menyiapkan papan kenyataan kelab dimulakan.

Puas aku mencari mana maklumat yang telah siap dicetak...dalam bilik angklung ....takde...dalam bilik HEM...pun takde, sudahnya aku balik ke rumah. Walawey...kek umah rupo nyer semua bahan tu. Sesampai sahaja di sekolah, aktiviti menghias pun dimulakan. Huru-hara sekeliling...dengan sampah, potongan kertas, makanan dan minuman. Kerjanya tak seberapa. Apa-apa pun semua dapat disiapkan dan akan dibuat penambah baikkan pada hari Isnin nanti. Board kami terbuka...tak boleh dikunci...harap-harap dapat dikunci Isnin nanti. Bimbangkan hujan dan kenakalan anak-anak sekolah.








No comments:

Post a Comment