Sunday 9 February 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Klang

Bas vokasional tiba tepat pada jam 7.48 pagi. Saspen juga kerana janjinya pukul 7.30 pagi. Bukan apa...kami takut nanti kami yang terlewat tiba VIP sampai dulu. Pagi-pagi lagi anak-anak angklung sudah tiba dengan pakaian yang telah dibekalkan. Sempat kami berposing sebelum memulakan perjalanan ke Kelang.



Sebaik sahaja bas tiba kami bergegas ke sana. Hari ini aku tak perlu membawa kenderaan sendiri ke tempat persembahan. Dapatlah aku berfoya-foya dalam bas nanti.....yeah!



Perjalanan hanya memakan masa 30 minit sahaja....agaknya kalau pemandu tu ikut jalan yang lain lebih cepat sampai ke destinasi. Apa-apa pun kami selamat sampai ke sana.


Perancangan telah berubah. Kami sepatutnya hanya membuat persembahan di waktu rehat sahaja...tetapi kami turut serta dalam acara perasmian mesyuarat apabila ahli-ahli baru kelab angklung kolej ini belum dapat memainkan angklung dengan begitu baik. Maklumlah baharu sahaja 4 hari berlatih. Tabik spring kepada mereka. Kami hanya sebagai pembantu kepada kumpulan ini semasa perasmian nanti. Dua buah lagu dimainkan iaitu Bintang Kecil dan Engkau Laksana Bulan.

Mendengar arahan jurulatih
Selepas rehearsal singkat...kami pun menikmati sarapan pagi serba ringkas yang disediakan oleh Kolej Vokasional pagi ini. Best....meeehun goreng, kuih karipap dan cara berlauk. Air...mineral sahaja. Alhamdulillah.



Semasa menanti ucapan-ucapan daripada para VIP...sempat lagi kami berposing di belakang pentas.

VIP disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang

Membaca doa
Sebaik sahaja ucapan perasmian diberikan paluan kompang sekali lagi berbunyi...kemudian giliran kami dan kumpulan kelab angklung kolej naik ke pentas untuk memulakan persembahan.


Mengalunkan lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Selepas penyampaian hadiah dan cenderahati, kini giliran kami pula mengambil tempat untuk menghiburkan para ibu bapa yang hadir sambil menikmati juadah serba ringkas yang disediakan oleh pihak kolej.





Sesi bergambar dijalankan selepas semua alatan dikemaskan. nak bergambar dengan ahli-ahli kelab angklung kolej.....aisehhhh, yang tinggal hanya dua orang sahaja. Jadilah....




Bas sudah menanti...kami pun bergegas mengambil barang dan mengangkatnya untuk dimuatkan ke dalam bas. Sempat lagi berposing.....bye Kelang, thank U 4 inviting us!



2 toggak utama Kelab Angklung Vokay Klang

No comments:

Post a Comment