Tuesday 18 March 2014

SKF Long Service Award

Mengulangi perjalanan ke Putrajaya sekali lagi menuju Hotel Shangri-La. Persembahan pada kali ini kelab menggunakan ramai khidmat anak-anak angklung tingkatan 2.  Satu ujian buat mereka yang hanya dibantu oleh 5 orang ahli senior. Perjalanan berjalan lancar walaupun pagi ini agak berjerebu sedikit. Kami disambut oleh staf hotel dan mengarahkan kenderaan kami ke kawasan yang dikhaskan. Mengangkat alatan ke dewan serta mendengar taklimat daripada big boss kami Uncle Sam.

Dengar baik-baik..siapa silap..pancung!
Siap.....lepak king di luar dewan sambil berbual-bual kosong. Sejuk la plak...asyik terkucil jer ni! Sebelum memulakan persembahan, seperti biasa solek menyolek time. Then...get ready untuk menyambut VIP masuk ke dalam dewan.

Memainkan lagu Angklung Sambutan

Hadirin berdiri memnghormati VIP
Selesai menyambut tetamu, kami pun menuju ke Cafe untuk mengisi perut...lapar kang! Sejuk plak kat sini...lagi la melampau-lampau laparnya. Sempat bergambar lagi....




Bersedia untuk persembahan setelah megenyangkan perut. Menanti....salah satu hobi kami sejak menyertai kelab angklung ini....lalalalalala. Tak lama kemudian kami pun dipanggil untuk memulakan persembahan...yey!


Di akhir persembahan....para tetamu diajak bersama untuk memainkan angklung...lagu pilihan lagu medley Bintang Kecil dan Burung Kakaktua. Mereka dibantu oleh pemain-pemain kelab. Uncle Sam mengajar para tetamu cara-cara memegang angklung dengan betul dan menggoyangkannya.



Inilah hasilnya....


Selesai persembahan kami bertolak pulang ke Shah Alam....singgah seksyen 2 untuk menikmati ABC dan makan sekali lagi. Lapar lagi weyh....Thank you all!



No comments:

Post a Comment