Tuesday 8 April 2014

Kelab Angklung Integrasi SMK SS17

Hari ini berkesempatan mengikut Uncle Sam untuk mengajar di SMK SS17 Subang Jaya. Pukul 10.00 pagi guru-guru dan murid-murid yang berkaitan telah berkumpul di dalam bilik latihan. Riang sungguh anak-anak khas ini menyambut kedatangan guru angklung mereka. Aku tumpang seronok dua kaki....lalalalala.

Uncle Sam memulakan latihan dengan lagu Anak Ayam....mula-mula agak berterabur sedikit, maklum, anak-anak khas ni...memerlukan bantuan lebih. Namun setelah dua tiga kali diulangi latihan mereka dapat mengikuti rentak lagu dengan baik. Aku berkesempatan juga untuk mengajar mereka apabila Uncle Sam sibuk menyediakan catatan skor lagu Bulan Dipagar Bintang. Lagu ini akan dimainkan bersama-sama dengan guru-guru khas ini.



Mereka turut memainkan lagu cina klasik Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin......sedap dan merdu lagu ni. Terdapat seorang pemain angklung cina dalam kumpulan ini....cukup seronok apabila diberitahu mereka akan memainkan sebuah lagu cina. Teruja sungguh dia.




Latihan ditamatkan pada jam 12.00 tengahari. Sempat juga aku bergambar dengan ank-anak khas ini, teringat pula anak-anak muridku di Kampung Jawa....tiga orang pelajar rabun dan buta serta di Kolej Vokasional Khas Seksyen 17. Memerlukan kesabaran yang sungguh tinggi untuk mengajar mereka. Apa-apa pun tahniah kepada guru-guru sekolah ini.



No comments:

Post a Comment