Monday 5 May 2014

Persembahan Santai, Penyampaian Hadiah dan Kad Keahlian

Majlis hari ini diteruskan walaupun awan mendung. Perhimpunan akan dijalankan dalam dewan sekolah. hanya murid-murid tingkatan 2 dan tingkatan 1 Cerdas yang akan menghadiri perhimpunan hari ini. Sudah sebulan sesi petang tidak mengadakan perhimpunan mingguan disebabkan hujan rahmat.

Pukul 5.00 petang anak-anak angklung sesi petang yang terlibat mula berkumpul di bilik angklung. Setelah arahan diberikan masing-masing menjalankan tugas dan menuju ke dewan untuk membuat persiapan. Awan hitam berarak .......gelap kawasan sekolah seperti sudah Maghrib lagaknya.



Setelah bersedia maka persembahan santai ini pun dimulakan dengan lagu Budi Bahasa Budaya Kita dan Bintang Kecil. Tamat sahaja persembahan majlis penyampaian kad keahlian diberikan kepada 3 orang lagi anak angklung yang telah memberikan komitmen tinggi kepada aktiviti kelab. Diikuti dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan Running Man yang telah diadakan pada 26 April yang lepas. Tahniah kepada pemenang dan terima kasih diucapkan kepada Puan Pusparani Penolong Kanan Petang yang sudi menyampaikan hadiah.





Penyampaian Kad Keahlian

Tempat Ketiga - Kumpulan Amira

Tempat Kedua - Kumpulan Muhammad Ariff

Tempat Pertama - Kumpulan Aina

Hujan lebat mencurah-curah menyebabkan alatan terpaksa disimpan dalam bilik disiplin. Ketua-ketua kumpulan mula mengagihkan hadiah masing-masing. Belum selesai pengagihan ........gelap.....blackout! Nasib baik kami dah selamat membuat persembahan tadi. Thank you kepada semua kerana menjayakan aktiviti walaupun hari hujan lebat!



No comments:

Post a Comment