Wednesday 28 May 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

23 Mei 2014, SMK Taman Sri Muda menyambut Hari Guru. Kelab Angklung Wariseni telah diberi peluang untuk menghiburkan guru dan murid-murid sekolah pada pagi Jumaat ini. Tiga hari telah digunakan untuk persediaan persembahan pada kali ini. Ahli kelab sesi pagi sahaja yang terlibat dalam persembahan sesi pagi. Mereka memainkan dua buah lagu iaitu lagu yang popular di tahun 1980an iaitu Touch By Touch yang dipopularkan oleh band boy Sweden iaitu Joy. Sementara sebuah lagu terkini yang dinyanyikan oleh penyanyi cilik Tegar bertajuk Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

Setelah majlis bacaan Yasin selesai, anak-anak angklung bergegas ke bilik angklung untuk mengeluarkan peralatan dan menyalin pakaian persembahan.


 

Sempat juga bergambar sebelum memulakan persembahan. Sebaik sahaja tamat persembahan tarian daripada penari-penari Cina anak-anak angklung mula naik ke pentas. Memang nampak gugup di wajah mereka. Malu untuk membuat persembahan di hadapan rakan-rakan sendiri. So dengarkanlah ayunan angklung mereka.





Persembahan yang baik daripada mereka. Tahniah dan syabas walaupun singkat masa latihan tetapi mereka dapat memainkannya dengan baik terutama sekali untuk lagu Touch By Touch.

Petang...giliran anak-anak angklung petang pula membuat persembahan. Mereka juga akan memainkan dua buah lagu. Setelah menyambut guru dengan paluan jidur dan angklung mengiringi guru-guru sesi petang ke khemah peraduan....mereka bersiap sedia untuk persembahan seterusnya.




Persembahan yang agak memberansangkan daripada anak-anak angklung petang. Walaupun baru 3 bulan memepelajari seni angklung namun mereka dapat memberikan persembahan yang baik.....tahniah dan teruskan usaha anak-anak angklung. Jangan patah semangat. Tontonilah klip persembahan mereka pula.



Persembahan kali kedua untuk anak-anak angklung sesi petang. Pengalaman semakin bertambah. Cuti sekolah nanti ada latihan intensif lagi.....cuba hadirkan diri untuk memahirkan lagu-lagu yang lain. Terima kasih semua!


No comments:

Post a Comment