Monday 30 June 2014

Jejak Gemilang ke MSU

Bermula pada hari Rabu permulaan cuti pertengahan tahun sesi persekolahan 2014...anak-anak angklung memulakan langkah pertama untuk membuat latihan tarian. Guru kaunseling Roslizawati telah memandatkan Kelab Angklung Wariseni untuk mewakili sekolah dalam pertandingan yang akan diadakan di MSU pada 18 Jun nanti. Cikgu Joseph dari SK Seksyen 6 telah dihubungi untuk memberikan tunjuk ajar dalam tarian.





Bermulalah jejak-jejak sumbang anak-anak angklung dalam tarian zapin.  Mereka diperkenalkan jenis-jenis langkah dalam tarian zapin Malaysia seperti lingkar, unta dan sebagainya. Satu demi satu....langkah demi langkah diajarkan kepada anak-anak angklung sepanjang 7 hari latihan. Perubahan dilakukan di mana-mana yang dirasakan perlu. Anak-anak angklung mengadu sakit badan dan kaki. Baru mereka tahu susahnya untuh meraih sesuatu.....bukan senang. Ini adalah salah satu cara pengajaran dan pembelajaran yang terbaik buat mereka.



Setiap hari ada sahaja pergerakkan yang ditukar.....tetapi tidaklah banyak. Hanya untuk meneyesuaikan pergerakkan dan langkah dengan kemahiran yang ada pada diri anak-anak angklung yang terlibat. Sekiranya Joseph atau Hakim tidak hadir...kami melakukan latihan bersama-sama dan membetulkan pergerakkan di antara satu sama lain. kadangkala menyakitkan hati....adakala mengelikan hati.



Walaupun cuti sekolah, mereka tetap hadir walau adakalanya tak cukup korum sehinggakan junior terpaksa menggantikan abang atau kakak mereka yang tidak hadir. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh anak-anak angklung junior tingkatan 1 dan 2.



Tontonilah klip-klip dan gambar-gambar latihan kami sepanjang 7 hari latihan.


No comments:

Post a Comment