Friday 20 June 2014

MSU Performance Art Competition 2014

Pagi lagi sudah tiba di sekolah untuk mengambil peti aksesori busana anak-anak angklung. Terus menunggu anak-anak angklung di bangsal. Pak Ariffin sudah tiba. Mana pula perginya Ika ni....sudah lewat. Joseph dah beberapa kali sms....suruh cepat sampai. Perjalanana dimulakan 15 minit lewat. Panas juga hati aku ni....waktu sebegini jalan dah mula jem. Hati penuh dengan kerisauan.....Setelah mengharungi jem di beberapa jalan sampai juga kami di MSU....Joseph menanti kami di tangga foyer MSU. Terus kami ke dewan untuk bersiap. Aku ke kaunter pendaftaran untuk mendaftarkan kumpulan kami.

Ku lihat berpeluh-peluh Joseph dan Faruan menyiapkan anak-anak angklung. Maklum sudah lewat....12 orang yang perlu disediakan dan disolekkan. Pesanan penaja dari pihak MSU bertalu-talu....sekejap suruh ke depan, sekejap suruh ke pentas....pastu dengar taklimat...fenin aku!



Terkejar-kejar menyiapkan anak-anak angklung. Makan pun tak sempat....hanya air mineral sahaja dapat aku bekalkan kepada mereka. Setelah separuh siap mereka ke pentas untuk mendengar taklimat.



Sambil menyelam minum air...anak-anak angkluing disiapkan seorang demi seorang sewaktu ucapan perasmian. Aku perasan gak dari jauh...budak-budak ni buat apa... aku pun ke belakang. Walawey Joseph ngan Faruan sedang pasangkan bulu mata budak-budak ni.



Sempat juga menyaksikan beberapa persembahan daripada kumpulan-kumpulan lain semasa menanti perasmian majlis. Mereka juga turut bergambar beramai-ramai bersama perasmi. Sebaik sahaja selesai kami ke belakang semula. Bergambar dan berposing sikit. Nak tengok persembahan rasa tak tergamak....hebat-hebat belaka!



Menanti.....memang biasa bagi kami......saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Aku mula menyusun pembesar suara agar ayunan angklung anak-anak muridku kedengaran. Aku memang sungguh risau....aku arahkan krew-krew susun mic....sana...sini...jauhkan sikit...kebelakang lagi...angkatkan peti...hahahahaha. Saspen...takut anak-anak angklungku tersalah langkah. Maka bermulakan rentak kami!



Alhamdulillah....gerak langkah dan ayunan anak-anak angklungku mantap. Leganya aku....terbaek! Sekarang hanya menunggu keputusan daripada pihak juri. Kami diarahkan tidak menyalin pakaian kerana penyampaian hadiah akan dijalankan pada pukul 2.00 petang nanti di dewan. Projek kami seperti biasa....posing lagi!



Pukul 1.30 petang sudah sedia menanti dalam dewan....masa terus berlalu....pukul 3.00 petang. Majlis penyampaian hadiah masih belum berlangsung. Perutku dah nyanyi lagu keroncong...hinggakan minus one habis ku gunakan minus two...tak start start laginya Labu!. Pukul 4.00 petang barulah majlis bermula setelah air liur aku bergelen-gelen habis berbual dengan guru kaunseling dari sekolah seksyen 24.



Penyampaian hadiah  anugerah khas dimulakan...Kelab aku mendapat anugerah persembahan unik.


Kemudian penyampaian tarian....STAR Kelang mendapat tempat pertama. Sekolah aku dulu bah! Bangga juga.... Kini tiba giliran kami berdebar-debar menunggu keputusan diumumkan oleh emcee. 3rd Runner up....kumpulan kompang...dalam hati takpe.....mungkin tempat kedua kot. 2nd Runner Up....kompang juga. Aduhai...hancur rasa hati...satu tempat pun tak sangkut. Aku target tempat ketiga at least. Terus tersandar aku. Dan johan untuk pertandingan kali ini SMK.........Taman Sri Muda! Anak-anak angklungku sudah terjerit-jerit keriangan. Aku masih tersandar.....beberapa saat kemudian baru realise...eh..eh sekolah aku lah! Melonjak riang bersama anak-anak angklung! Berita gembira terus di telegramkan. Alhamdulillah....




Memang tidak disangka-sangka...unsangkarable! Tempat pertama....hadiah wang tunai RM1000, hamper dan sijil serta biasiswa bernilai RM15,000. Hadiah paling bermakna buat kumpulan kami yang baru berusia 21/2 tahun. tahniah anak-anak angklung. Penat lelah kita berbaloi-baloi! Selesai sesi bergambar beramai-ramai.....kami ditemuramah oleh wartawan dari suratkhabar Berita Harian. Mengeletar tanganku masih tidak hilang. Tak boleh nak gambarkan hepi tu macam mana.



Berita Harian 1 Julai 2014
Kami berangkat pulang dengan penuh keriangan. Rasa lapar terus hilang. Ok anak-anak angklung nanti kita makan KFC bersama-sama ya. Yuuuuuhuuuuuuuuuu!



No comments:

Post a Comment