Tuesday 17 June 2014

Rehearsal di MSU

Bertolak lewat 15 minit dari waktu yang ditetapkan.....tiba di MSU menurunkan anak-anak angklung dan alatan kemudian terus memakirkan kereta. Bergaduh plak dengan penjaga parking Bangla...tak bagi parking. Last-last dia bagi masuk juga. Hahahahahaha....gelak jahat!

Terus ke foyer MSU...kelihatan ramai orang. Aku disambut oleh salah seorang crew MSU dan menunjukkan tempat di mana kami akan bertanding. Mula menyusun anak-anak angklung semula disebabkan kawasan yang diberikan lebarnya tidak sama dengan dewan kami. Setelah dua tiga kali mencuba akhirnya berjaya juga membuat beberapa perubahan.




Berehat seketika sambil melihat penari dari sekolah lain membuat latihan. Tatkala leka menonton rupa-rupanya pentas nak digunakan untuk latihan dikir barat oleh peserta MSU sendiri. Maka kami pun beredar ke dewan besar. Sejuk sikit dowh....kami memulakan latihan bersama muzik kali ini.



Penari dari sekolah lain juga turut membuat latihan bersama muzik....setelah mereka selesai kami sekali lagi membuat latihan atas permintaan krew MSU. Kemudian kami beredar untuk menjamah makan tengahari....makan nasi ayam dengan air sejuk. Rezeki kami ...... diberikan ayam tambahan. Terima kasih kepada tokeh Cafe. 



Setelah menunaikan tanggungjawab kami menanti semula di pentas. Hampir pukul 2.30 petang aku menghubungi krew bertanyakan tentang PA System. Mereka kata agak lewat dalam pukul 4 atau 5 petang baru sampai. Aku minta izin pulang dulu. Agak lewat untuk kami...hanya pesanan penaja yang kami tinggalkan agar mic untuk kami difikirkan. Kami bertuah mendapat kerjasama dari pihak MSU. TQ!


So kami balik dulu....jumpa esok!

No comments:

Post a Comment