Wednesday 16 July 2014

Alamanda 1

Hari ini Selangor cuti sempena dengan Nuzul Quran tetapi kami perlu bertugas di Alamanda menghiburkan pengunjung yang datang ke sana. Persembahan kami secara santai sahaja pada kali ini. Kami akan membuat persembahan di dua tempat yang berbeza walaupun satu bumbung. Pertama di Esplanade dan kedua di Hub. Namun disebabkan kesilapan teknikal...portable DVD player kami rosak dan kami tidak dapat membuat persembahan kedua di Hub. Kecewa rasanya. Apa-apa pun terbaik anak-anak angklung walaupun kita tergesa-gesa berbuka puasa untuk membuat persembahan seterusnya. Kita akan buat yang lebih baik di persembahan yang akan datang nanti. Sorry kepada semua yang setia menanti kami semasa kami membuat persediaan untuk memulakan persembahan.









No comments:

Post a Comment