Sunday 14 December 2014

Santai di Muzium Samudera

Bangun pagi dan makan breakfast yang berat hari ini. Nasi tomato kaw! Kekenyangan kami pagi ini. Meneruskan perjuangan pada jam 8.30 pagi bertolak ke Banda Hilir. Setelah kereta diparkir terus membawa alatan ke tempat yang telah disediakan. Terus memasang alatan dan membuat sound check.



Setelah mencuba beberapa lagu kami berehat seketika menanti jam 10.00 pagi untuk memulakan persembahan santai diperkarangan Muzium Samudera ini. Kelab angklung dari Rumah Kanak-kanak Lelaki Tua Tun Abdul Aziz turut sama membuat persembahan bersama-sama kami. Tepat jam 10.00 pagi kami memulakan persembahan dengan lagu Sukiyaki. Lebih kurang setengah jam kemudian kami berehat seketika untuk mengelap peluh dan mengurut kaki yang lenguh berdiri sejak kelmarin.



Sempat juga bergambar bersama-sama Pengurus Besar Perzim Melaka Datuk Haji Khamis Abas.


Jam 11.00 pagi meneruskan perjuangan terakhir di tahun 2014 ini. Lebih kurang sejam lamanya anak-anak angklung menghayunkan angklung masing-masing untuk menghiburkan pengunjung di muzium ini.


Tepat jam 12.10 tenghari maka berakhirlah persembahan santai kami di sini. Berkemas untuk pulang semula ke Shah Alam. Terima kasih Melaka kerana sudi menerima kami!

No comments:

Post a Comment