Monday 12 January 2015

Assalamualaikum - TV- AlHijrah

Hari ini 11 Januari 2015, pembuka tirai aktiviti Kelab Angklung Wariseni tahun 2015. Menuju ke Kuala Lumpur dengan semangat Malek Riduan...Kuala Lumpur...Kuala Lumpur....Kota yang penuh dengan cabaran......... Menuju ke TV Al-Hijrah. Kali ini Pak Agus menemankan kami ke sana. Disambut oleh hon daripada belakang van apabila kami teragak-agak untuk membelok ke kiri. Hulalalala.....



Bersarapan pagi sebentar sebelum memulakan segmen Assalamualaikum. Makan meehun goreng, jemput-jemput dan air teh o panas. Alhamdulillah. Kemudian kami di bawa ke studio untuk membuat sound check.



Siap membuat sound check kami di bawa ke satu sudut untuk di touchup sikit muka-muka yang kelabu asap di pagi hari ni.


Memulakan segmen tepat jam 8.00 pagi bersama pengacara rancangan....lupa pula namanya. Apalah aku ni! 


Selesai di wawancara...kembali semula ke gua, layan makan semula, layan borak....layan...layan dan layan sehinggalah jam 10.15 kami di panggil semula masuk ke studio untuk segmen penutup.





Sebelum pulang kami berdendang sayang dalam studio bergambar dengan pengacara rancangan.



Bye bye Al-Hijrah....terima kasih kerana memanggil kami bersiaran secara langsung dalam rancangan anda!

No comments:

Post a Comment