Sunday 19 April 2015

Gotong-royong di Kampung Kelemak dan Jejalan ke Safari A Famosa

Sementara 20 orang anak-anak angklung di sekolah sibuk dengan persembahan BPS Walkathon kami memulakan perjalanan ke Alor Gajah Melaka seawal jam 7.00 pagi. Ariff tidak dapat menyertai kami hari ini oleh kerana tayar kereta ayahnya pancit. Lalu ku alihkan tugasannya ke sekolah untuk membantu Cikgu Rohaya. Alhamdulillah sempat dia sampai ke sekolah dan akhirnya menjayakan persembahan angklung dengan baiknya.


Setelah berlaku acara pusing-pusing bas, akhirnya kami sampai ke Kampung Kelemak dan disambut oleh Tok Sidang kampung di Balairayanya. Majlis dimulakan dengan ucapan dan kemudiannya kami bersarapan pagi dahulu.




Sementara ahli-ahli koperasi yang lain menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan balairaya dan masjid kami mengiburkan para tetamu dan ahli rombongan dengan alunan lagu-lagu bersama angklung kami.




Habis 10 lagu yang didendangkan aktiviti gotong-royong pun berakhir. Kami berkemas untuk majlis penutup aktiviti. Bergambar bersama kesemua AJK aktiviti sebagai kenang-kenangan.




Bergegas untuk melihat rumah tradisional Melaka namun akhirnya kami terpaksa menunggu di tepi jalan memandangkan bas tidak boleh memasuki laluan yang sempit dan berbukit. Kami meneruskan aktiviti ke A Famosa untuk melihat haiwan-haiwan yang ada di safarinya. Mengikut jadual kami akan membuat persembahan di sana. Setelah berurusan Puan Salwa memberitahu bahawa mereka tidak mendapat kebenaran untuk membuat persembahan. Maka aktiviti persembahan dibatalkan dan kami terus melakukan aktiviti lawatan. Pulang ke Shah Alam dengan sisa-sisa tenaga yang ada.




No comments:

Post a Comment