Sunday 23 August 2015

Malaysia Tanahairku

Pagi...latihan tarian bersama abang Bard....selama 3 jam. Berat sungguh kaki budak-budak ni. Kaki cam robot. Apa-apa pun boleh digilap bakat budak-budak ni. Mereka pun memberikan kerjasama yang sungguh baik kepada abang Bard dan rakannya.




Pukul 4 petang bertolak pula ke Putrajaya untuk membuat persembahan di Alamanda Shopping Centre pada pukul 6.30 petang nanti. Setelah kereta di pakir anak-anak angklung mengeluarkan alatan dan dibawa naik ke perkarangan The Hub. Nampaknya pasukan band dan koir dari sekolah lain sedang membuat rehearsal. Kami hanya menonton dari jauh.



Lebih kurang pukul 6.50 petang baharulah kami dapat memulakan persembahan. Mulanya nak main lagu patriotik satu tetapi tetiba tak jadi lak. Kami teruskan dengan perancangan kami. Hanya 5 buah lagu sahaja yang kami dendangkan hari ini. Selepas itu acara bergambar sakan bersama-sama dengan Band dari Victoria Institute dan pasukan koir SMK Port Dickson.






8.30 malam bertolak pulang ke Shah Alam. Makan malam di KFC Bukit Kemuning sebelum menghantar anak-anak angklung pulang ke rumah. Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment