Wednesday 30 September 2015

SEAMEO Song Angklung Contest 2015



12 September 2015 setelah berlatih dengan bersungguh-sungguh kami akhirnya bersiap sedia untuk merakamkan video untuk pertandingan ini. Tiba-tiba Riezwan demam pula dan tempatnya terpaksa digantikan oleh Alif. Tinggallah Fazli dengan angklung solo sorang-sorang kat belakang tu. Bard dan rakannya dan tiba untuk menyiapkan anak-anak angklung. Puan Elsa menjadi mak andam solekan pada hari ini. Semua bekerjasama untuk menjayakan rakaman ini termasuklah Uncle Sam. Terima kasih semua! Kebetulan pada hari rakaman PIBG sekolah turut mengadakan mesyuarat mereka. Dapatlah mereka menyaksikan kehebatan anak-anak SMK Sri Muda beraksi. Cewah!








Apa-apa pun kami dah cuba buat yang terbaik. Menunggu keputusan dengan penuh debaran sehingga hujung Oktober ini nanti. Good luck semua! Rakaman akan kami siarkan apabila keputusan sudah dikeluarkan nanti ya. Harap bersabar.





Talian telah dibuka sehingga 31 Oktober...sila view ramai-ramai untuk memberi kami peluang meraih salah satu tempat teratas. Terima kasih.



No comments:

Post a Comment