Monday 12 October 2015

Again.....Majlis Perkahwinan

Kali ini...kembali ke tempat asal kami di Shah Alam, Seksyen 14. Kami menghiburkan tetamu dan mengiringi pengantin. Last time kami menggunakan tangga bergerak tetapi kali ini kami pula yang bergerak. Kesian Amir...hampir terpeleot kat tangga. Haiqal mampu gelak jew. Kurang asam tol!



Pelbagai lagu dimainkan untuk menghiburkan semua orang. Ramai orang bertanyakan servis kami. Alhamdulillah. Terdapat juga seorang datin datang memberitahu kelemahan dan kelebihan kami. Komen yang amat membina daripada beliau. Terima kasih datin. Kalau ada rezeki dapatlah kami CD angklung daripada Padang yang bagus mainan angklungnya daripada datin. Katanya beliau akan mencari dan menyerahkan pada tuan rumah pengantin untuk diserahkan kepada kami. 





Sebelum balik sempat kami menikmati cendol dan membawa laksa balik sebagai bekalan. Pak Agus pemandu setia kami sempat juga menjamah cendol tersebut.


No comments:

Post a Comment