Saturday 24 October 2015

Nasi Lemak Kopi O

Memperuntukkan dua hari menjalani latihan sebagai persediaan ke TV9. 4 buah lagu disediakan. Hari ini 24 Oktober 2015 angklung bergema di Sri Pentas TV9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di bawah penyelarasan Unit BKK, KPM. Segmen ini adalah untuk mempromosikan link video pertandingan kelab dalam pertandingan SEAMEO Song Angklung Contest 2015.



Seawal 5 pagi sudah menanti anak-anak angklung tiba di Bangsal i-Think. Tepat jam 5.30 pagi memulakan perjalanan ke Damansara Utama bersama pemandu bas Sekolah Sukan Seksyen 11 Encik Amir. Terima kasih kerana sudi membawa kami ke sana. Puan Suri sudah menanti kami di sana dan menjalankan kewajipan subuh di musolah TV3.


Bersarapan pagi di Cafetaria ....hari ni Puan Suri Arini belanja kami bekpes. Thank you Puan Suri!


Tak lama kemudian Produser memanggil kami untuk membuat persiapan di bahagian luar studio. Cikgu-cikgu dan dua orang ahli kelab ditouch up sikit.



Sempat merakamkan gambar kenangan bersama-sama pelakon Farid Kamil.


Jam 9.20 pagi keudaralah kami. Dimulakan dengan lagu medley. Tak sempat nak rakam sebab kena ready untuk ditemubual bersama Puan Suri. Nanti kita upkan klip ya. Rancangan berjalan dengan lancar. Kami menutup rancangan dengan lagu My Heart Will Go On.



Berpuas hati dengan persembahan yang diberikan. Selesai semua sesi bergambar seperti biasa. Makan lagi sebelum balik.




No comments:

Post a Comment