Saturday 21 November 2015

EBIC Day 2015

Hari ini membuat persembahan sampingan dalam Majlis EBIC Day 2015 di SK Meru Kelang. Seawal jam 6.00 pagi bertolak ke sana dengan van Pak Ariffin. Terus memunggah peralatan sebaik sahaja sampai di sekolah. Makan sarapan pagi.....meehun goreng dan air mineral. Alhamdulillah syukur...untuk alas perut sebelum persembahan.


Selesai bersarapan membuat persiapan pentas seperti biasa Uncle Sam menerajui persembahan. Lepak-lepak sambil melihat adik-adik kecil membuat persiapan persembahan. Adoyai...bisingnya cam kat pasar. Biasalah...budak2. 


Tetamu khas tiba dan disambut dengan lagu Negaraku dan Budi Bahasa Budaya Kita.




Berehat seketika sementara menantikan adik-adik membuat persembahan mereka. Waduh.....fenin layan bebudak sekolah rendah ni...kesian tengok mak-mak yang uruskan anak-anak ini. Persembahan kami teruskan dengan lagu medley lagu-lagu barat.




Selesai part II menunggu part terakhir pula. 2 buah lagu medley dan sebuh lagu hindi didendangkan sebagai halwa telinga ibu bapa yang hadir dan juga sementara menanti mereka menyiapkan sijil-sijil untuk disampaikan.




Selesai persembahan kami menjamu selera sekali lagi. Makan nasi ayam pula kali ini. Dilayan seperti VIP. Bangganya kami. Dapat juga cenderahati dan sijil sebagai kenangan daripada pihak majlis. Terima kasih kami ucapkan.



No comments:

Post a Comment