Saturday 20 February 2016

Mesyuarat Agong PIBG SMK Tinggi Kajang (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia)

Jam 7.00 pagi bertolak ke Kajang tanpa Al Fitri sekali lagi. Katanya ada masalah keluarga. Kuminta anak-anak angklung yang lain cover angklung Fitri. Tiba di sekolah pada pukul 7.45 pagi. Terus mengarahkan anak-anak angklung ke belakang pentas dan bersiap sedia. Menyusun atur anak-anak angklung untuk persembahan nanti. Sempat berposing-posing sebelum persembahan.



Sementara menanti pelbagai ucapan keudara...kami ke bilik bacaan asrama untuk menikmati sarapan pagi. Meehun goreng dan dua jenis kuih tempatan. Alhamdulillah. Rezeki kami di pagi Sabtu ini.


Selepas persembahan multimedia maka bermulalah persembahan sulung Kelab Angklung SMK Tinggi Kajang bersama-sama Kelab Angklung Wariseni SMK TSM. Dua buah lagu didendangkan iaitu Shanghai Beach dan Bulan DiPagar Bintang. Semuanya berjalan lancar. Kemudian rehat seketika untuk majlis penyampaian sijil. Tak lama kemudian Cikgu Zara memanggil kami untuk persembahan rehat. Lima buah lagu didendangkan. Bersungguh-sungguh nampaknya anak-anak angklung Kajang ini. Syabas. Sesudah ditamatkan persembahan, kami berkemas untuk pulang. Sempat menghilangkan dahaga buat seketika dan berposing lagi sebelum balik ke Shah Alam. Terima kasih kerana mengundang kami. Jangan serik ya.....









No comments:

Post a Comment