Sunday 10 April 2016

MPAC2016 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Berjanji dengan anak-anak angklung pukul 6.30 pagi tapi aku yang lewat 5 minit. Mamai bangun pagi. Ingat perlu bertolak dari rumah jam 6.30 pagi rupa-rupanya aku perlu berada di sekolah jam 6.30 pagi. Sebaik sahaja anak angklung cukup kami terus bertolak ke MSU Shah Alam. Terus pakir kereta dan menuju ke lobi MSU untuk bersiap sedia sementara menanti abang Bard tiba. Jurutari merangkap jurusolek kami.





Serabut aku tengok...bimbang pun ada takut tak sempat siap. Aku mendaftarkan penyertaan kelab sementara mereka bersiap bagai. Ku ambilkan sarapan mereka dan mengarahkan mereka makan sebelum turn mereka untuk disolekkan oleh abg Bard. Dah siap kami bergegas ke Chancelor Hall untuk melihat majlis perasmian. Ada gimik plak ....alhamdulillah dapat ekstra markah. Dua pemain angklungku terlibat dengan gimik ini.



Kembali semula ke ruangan pertandingan dan bersiap-sedia untuk memberikan persembahan yang terbaik. Alhamdulillah juri VIP masih Pak Ngah lagi. Rupa-rupanya Pak Ngah memang juri tetap untuk MPAC ini. Nombor giliran kami adalah nombor 7 daripada 20 buah sekolah.


Tiba giliran kami menunjukkan bakat kami di hadapan para juri yang unggul. Berdebar-debar menanti pergerakan pertama anak-anak angklungku. Satu, dua, tiga.....tu diaa....



Selesai sahaja persembahan maka kami berposing sakan. Alhamdulillah persembahan mereka mantap tidak sebaik semasa latihan kelmarin.



Menanti pengadilan diumumkan. Fuh......5 jam menanti tu. Budak dah kepenatan dan kemengantukan. Sabo yolah. Kami membuat persembahan sekali lagi di hadapan canselor semasa upacara perasmian penutupan.



Tidak kedengaran sangat bunyi angklung. Lantaklah sebab penganjur kata saja nak tunjuk kesopanan angklung kepada para peserta dan kumpulan lain-lain. Keputusan diumumkan dan alhamdulillah kami ditempat ketiga daripada 20 buah sekolah yang menyertai acara ini.



Pulang dengan sedikit keralatan walaupun membawa piala kemenangan. Apa yang diralatkan.....kami simpan sahaja. Post mortem untuk next event. Tahniah anak-anak angklung. Semoga di tahun mendatang lebih banyak kejayaan yang anda semua capai!


No comments:

Post a Comment