Sunday 8 May 2016

Latihan Angklung Bersama-sama Kompang

Kami ke Laman Seni Budaya, di Galeri Shah Alam untuk menjalani latihan angklung bersama-sama dengan kompang dan gamelan. Bertolak ke Tasik Shah Alam dengan bantuan kereta ayah Alieya dan Fatehah. Seramai 14 orang anak-anak angklung yang terlibat dalam latihan ini. Sebelum memulakan latihan kami sarapan dulu yang disediakan oleh Uncle Sam.Nampak gayanya hanya kami dan kompang sahaja yang akan berlatih pagi ini.

Jam 8.30 pagi kami memulakan latihan. Pada mulanya agak berterabur, kekok anak-anak angklung ini memainkan lagu tanpa minus one. Practise maka perfect....dalam beberapa  minit kemudian rentak sudah dapat diterima oleh mereka dan ayunan angklung serta kompang berkumandang di tepi tasik pada pagi Ahad yang indah.






No comments:

Post a Comment